Bantuan Tambahan SARA One Off B40 2024 Diumumkan – Semak Sekarang

Bantuan tambahan sara one off b40 2024 diumumkan akan menerima bayaran terbaru. Sumbangan Asas Rahmah yang layak terima ialah kategori bukan miskin tegar.

Bagaimana bantuan tambahan sara diberikan?

Baca juga: Penerima sara one off

Join Group Wasap (Untuk B40 SAHAJA)

Bantuan Tambahan Sara One Off B40 2024

Seramai 3.5 juta nama penerima telah disahkan lulus dan akan mula menerima bantuan SARA bernilai RM300 secara one off sekaligus bermula pada 9 Disember 2024 secara berperingkat melalui akaun bank penerima.

Kaedah Agihan Bantuan Sara One Off

Terdapat dua kaedah bantuan sara one-off diagihkan iaitu:

  1. Melalui agihan secara kaunter di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau
  2. Agihan ke dalam akaun bank penerima atau bank pasangan

Syarat Kelayakan Bantuan One Off Sara

Antara syarat kelayakan penerima bantuan SARA ialah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024
  3. Status berkahwin atau ibu bapa tunggal
  4. Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan
  5. Bukan kumpulan miskin atau miskin tegar dalam data e-kasih

Cara Semak Nama Penerima Bantuan SARA 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan Sara one-off bernilai RM300 seperti berikut :

  1. Layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk paparan iklan ‘Pemakluman Terkini‘.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalantanpa sengkang (-).
  4. Klik pada butang [Log Masuk].
  5. Pada bahagian seterusnya, klik butang [Semak].
  6. [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
  7. Klik [Ya] sekiranya frasa yang dipaparkan adalah betul.
  8. Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment