Semakan penerima bantuan sara one off 2024 yang telah disahkan lulus layak terima bantuan RM300 atau RM150 Sumbangan Asas Rahmah kategori bukan miskin tegar.
Bagaimana semakan nama penerima bantuan sara one off 2024? Kami kongsikan.
Baca juga: Bantuan ewallet RM300
Semakan penerima Bantuan Sara One Off 2024
Seramai 3.5 juta nama penerima telah disahkan lulus dan akan mula menerima bantuan SARA bernilai RM300 secara one off sekaligus bermula pada 9 Disember 2024 secara berperingkat melalui akaun bank penerima.
Kaedah Agihan Bantuan Sara One Off
Terdapat dua kaedah bantuan sara one-off diagihkan iaitu:
- Melalui agihan secara kaunter di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau
- Agihan ke dalam akaun bank penerima atau bank pasangan
Syarat Kelayakan Bantuan One Off Sara
Antara syarat kelayakan penerima bantuan SARA ialah:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Status berkahwin atau ibu bapa tunggal
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan
- Bukan kumpulan miskin atau miskin tegar dalam data e-kasih
Cara Semak Nama Penerima Bantuan SARA 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan Sara one-off bernilai RM300 seperti berikut :
- Layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk paparan iklan ‘Pemakluman Terkini‘.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada bahagian seterusnya, klik butang [Semak].
- [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
- Klik [Ya] sekiranya frasa yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : info@mykasih.com