Resepi Mee Kari Sedap.
Selamat datang ke dunia yang penuh rasa dengan resepi Mee Kari yang pasti memikat selera! Dimasak menggunakan air rebusan udang, hidangan ini mungkin kelihatan remeh, tetapi hasilnya sangat memuaskan.
Kombinasi makanan laut seperti kerang dan udang akan menambah lagi kelezatan kuah kari. Hidangan ini sangat sesuai untuk dinikmati pada hari istimewa, mari kita lihat cara penyediaannya!
Kuah mee kari juga boleh dimasak dengan menggunakan air rebusan tulang lembu dan dihias dengan hirisan daging dan cara ini juga sering digunakan semasa memasak resepi ini semasa Hari Raya Haji.
Bahan hiasan dalam resepi ini juga sangat memberikan pengaruh yang besar kepada rasa mee kari dan seharusnya ada semasa penyediaan resepi ini namun kepada yang tidak gemar sayuran , boleh elakkan pengambilannya.
Selain daripada mee kari , terdapat juga pelbagai jenis mee yang sangat mudah disediakan namun sangat enak dimakan bersama keluarga seperti mee kuah , mee hailam , mee rebus , mee bandung dan sebagainya.
Bahan-Bahan
Bahan | Kuantiti |
---|---|
Mee kuning | 1 kg |
Ayam, potong kecil | 500 gram |
Kerang, rebus dan ambil isinya saja | 1 kg |
Udang, buang kulit | 300 gram |
Air rebusan kulit udang | 2 cawan |
Bebola ikan (fish ball) | 10-15 biji |
Kek ikan (fish cake) | 3 keping |
Rempah kari ayam/daging | 4 sudu besar |
Asam gelugor | 2 keping |
Garam dan gula | Secukupnya |
Santan pekat | 2 cawan |
Santan cair | 2 cawan |
Bahan untuk Rempah Tumis
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 tangkai daun kari
Bahan untuk Kisar Halus
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai, hiris nipis
- 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
- 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut
Bahan untuk Hiasan
- 4 biji telur rebus, potong dua
- 2 tangkai sawi, potong dan rebus
- Bawang goreng
- Limau kasturi, potong dua
- Taugeh
- Daun bawang
- Cili merah
- Tauhu kering goreng
Cara Penyediaan
- Sediakan periuk atau kuali lalu panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan secara berasingan.
- Panaskan sedikit minyak masak lalu masukkan semua bahan rempah tumis dan kacau hingga naik bau.
- Masukkan semua bahan kisar halus pula bersama pes rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumiskan bahan hingga agak garing dan pecah minyak.
- Tambahkan ayam dan kacau hingga separuh masak, kemudian tuang air rebusan udang dan semua santan cair. Masak lagi sehingga kuahnya mendidih.
- Masukkan santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang dan asam gelugor . Kacaukan kuah semasa memasak agar santan tidak bergumpal dan pecah minyak.
- Akhirkan sekali , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Hidangkan mee bersama kuah kari dan bahan semua bahan hiasan kesukaan anda.
- Siap unutk dihidangkan bersama keluarga tercinta.
Nota
- Untuk yang sukakan mee kari yang pedas boleh tambahkan cili kering semasa menumis.
- Makanan laut boleh digantikan dengan ayam dan daging lembu semasa memasak kuah kari.
- Gunakan limau nipis untuk rasa yang lebih enak .
- Kepekatan kuah kari boleh disediakan mengikut citarasa masing – masing.
- Selain daripada mee , boleh juga gunakan spaghetti untuk rasa mee yang lebih kenyal.
- Semua jenis tahu juga boleh dihias dan dimasak bersam kuah untuk rasa yang lebih pelbagai.
- Boleh tambahkan kentang / keledek yang dilenyek kedalam kuah kari untuk mendapatkan kuah yang pekat.