Jawatan Kosong Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Peluang Berkerja di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.

Dapatkan peluang kerjaya yang hebat! Kami ingin mengumumkan kekosongan jawatan menarik di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan.Ini adalah salah satu jawatan kosong yang ditawarkan pada bulan ini dan semua yang berminat boleh segera memohon sebelum tarikh tutup.

Join Group Wasap (Untuk B40 SAHAJA)

Maklumat Jawatan & Tarikh Tutup

jawatan daripada kami sekarang.
  • Nama Majikan: Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
  • Lokasi Kekosongan: Putrajaya
  • Tarikh Tutup: 03 Disember 2024

MAKLUMAT JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • Pegawai Tadbir
  • Pegawai Penyelidik
  • Pembantu Tadbir

Syarat Lantikan 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) memiliki:

i. ijazah sarjana muda yang di iktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9 : RM2,250); atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9 : RM2,470.00).

1.1 SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Mohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengunakan borang permohonan BP.OS (Seperti di lampiran ini) dan mohon tulis nama jawatan yang dimohon.

b) Borang permohonan yang lengkap, resume bergambar, salinan kad pengenalan dan salinan akademik (yang berkaitan) hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) dan dikemukakan kepada:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sekuriti Makanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Aras 10, Wisma Tani, Lot 4G1, No.28
Persiaran Perdana Presint 4
62624, Putrajaya

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas mulai 20 November 2024 hingga selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari, 3 Disember 2024.

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan
tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada Kementerian ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai urusan ini, sila hubungi Puan Ferza Marziana binti Ismail di talian 03-8870 1351 dan e-melkan kepada alamat
bsm@kpkm.gov.my.

Pengenalan Majikan 

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) adalah sebuah kementerian di Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor pertanian, pengeluaran makanan, serta keselamatan makanan negara.

KPKM memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia mencapai tahap ketahanan dan keterjaminan makanan yang mampan, seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara dan keperluan penduduk yang semakin meningkat.

Di bawah kementerian ini, beberapa cabang utama seperti pertanian, perikanan, penternakan, dan keselamatan makanan dijalankan. Salah satu matlamat utama KPKM adalah untuk meningkatkan pengeluaran makanan domestik, mengurangkan kebergantungan terhadap import, dan memastikan bekalan makanan yang mencukupi, berkualiti, serta selamat untuk pengguna.

KPKM juga terlibat dalam inisiatif untuk menggalakkan amalan pertanian yang lebih moden dan berteknologi tinggi, serta mempromosikan konsep pertanian lestari dan mesra alam.

Selain itu, kementerian ini memainkan peranan penting dalam membantu golongan petani, penternak, dan nelayan melalui pelbagai program bantuan, latihan, dan insentif untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka.

Secara keseluruhan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berusaha untuk membangunkan sektor pertanian yang lebih produktif dan kompetitif, sekali gus menjamin kestabilan dan kemakmuran negara dalam aspek pengeluaran dan pengedaran makanan.

Leave a Comment