MYSARA : Permohonan Bantuan Sara Hidup RM700 Untuk Golongan B40

Bantuan Sara Hidup MYSARA RM700 – Semak Sekarang

Kerajaan kini telah membuat beberapa penambahbaikan pada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu rakyat yang terkesan akibat kenaikan kos hidup. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang lebih memerlukan, dengan harapan dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Bantuan sara hidup ini menekankan prinsip kesaksamaan, yang merupakan salah satu nilai utama dalam kerangka Ekonomi MADANI. Dalam usaha untuk memberikan sokongan yang lebih baik, bantuan ini akan disalurkan secara berfasa. Bagi mereka yang memenuhi syarat, jumlah bantuan yang diterima akan berbeza-beza.

Sekurang-kurangnya, penerima akan mendapat RM100, dan bagi yang layak, jumlah maksimum boleh mencapai RM1,200. Ini tentunya satu langkah positif untuk membantu mereka yang terjejas dan meringankan beban yang ditanggung. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang bantuan ini, maklumat penuh akan dikongsikan di bawah. Jadi teruskan membaca.

Bantuan Sara Hidup MYSARA RM700 – Semak Sekarang

Bantuan Sara Hidup RM1,200

Bantuan MySara adalah satu langkah yang progresif dari kerajaan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan harian kita semua. Untuk fasa ketiga ini pada bulan ini, setiap orang yang layak akan mendapat bantuan sebanyak RM700. Ini pastinya dapat membantu sedikit sebanyak dalam menguruskan keperluan harian.

Bantuan Sara Hidup MYSARA RM700 – Semak Sekarang

Kaedah Pembayaran MYSARA 

  1. Tunai: Wang akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang layak.
  2. Tanpa Tunai: Penerima boleh gunakan baucar atau cara lain yang disediakan untuk beli barang keperluan.

Jadi, para penerima tak perlu risau, ada pilihan yang memudahkan yang sesuai dengan keperluan anda!

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah:

Warganegara Malaysia
Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Semakan Status Melalui Portal MyKasih

Untuk membuat semakan status bantuan sara hidup MYSARA boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksaan SARA boleh dirujuk di portal rasmi di sini :

https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau anda boleh memuat turun di aplikasi rasmi Mykasih

Berikut adalah contoh bantuan SARA yang telah lulus.

sara 2024 1

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan MYSARA 2024 boleh layari laman web rasmi di :

  1. Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  3. Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566
  5. Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

 

Leave a Comment