Peluang Kerjaya di Universiti Putra Malaysia (UPM) .
Iklan ini adalah bertujuan untuk berkongsi tentang kekosongan jawatan di sesebuah jabatan swasta dan kerajaan, yang mana ia ditawarkan oleh majikan yang berkenaan kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.
PENGENALAN MAJIKAN
Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, hasil daripada penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.
Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.
UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan PhD, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma sehingga PhD.
Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia, selari dengan perkembangan UPM yang menawarkan pelbagai program dalam bidang sains komputer, perubatan, seni bina dan lain-lain.
UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. UPM berada pada kedudukan ke-158 berdasarkan keputusan yang dihasilkan oleh QS.
Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 di Serdang, Selangor dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Haiwan serta Bahagian Sains Asasi.
Kini UPM menawarkan 84 program Bacelor, 8 program Diploma dan 1 program asasi. UPM juga menawarkan 63 program sarjana secara kerja kursus (coursework) dan juga lebih dari 295 bidang pengajian untuk program dengan penyelidikan (research) yang merangkumi peringkat master sains veterinar (M.V.Sc.), sarjana sains (M.S.), sarjana sastera (M.A.), doktor falsafah (Ph.D.) dan doktor kejuruteraan (D.Eng.).
Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 fakulti, 2 sekolah, 10 institut, 10 kolej kediaman, 2 taman, 1 akademi dan sebuah kampus cawangan.
Tarikh Tutup & Maklumat Jawatan
Semua pemohon yang layak memohon dan segala maklumat tentang kekosongan jawatan boleh dirujuk pada iklan dibawah.
- Nama Majikan: Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Lokasi Kekosongan: Selangor
- Tarikh Tutup: 30 September 2024
MAKLUMAT JAWATAN
Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- Pensyarah Kanan Gred DS51 (Pendidikan Sains Rumah Tangga )2)
- Pegawai Eksekutif 3
- Pegawai Eksekutif 5
Untuk mengemukakan permohonan kosong terbaru di atas, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini seperti di bawah.
KELAYAKAN MOHON
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.
Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Berperwatakan menarik
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan
- dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
KELEBIHAN:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit
- dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)
BAGAIMANA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan secara online. Klik pautan “IKLAN JAWATAN” ini dan boleh rujuk segala maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan yang bertanggungjawab.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat sehingga 6 bulan.
Jika tiada sebarang panggilan dalam masa 6 bulan makanya permohonan sudah tidak sah . Segala kos semasa permohonan dilakukan dan semasa sesi temuduga adalah sepenuhnya tanggungjawab pemohonan dan tiada kaitan dengan majikan.