Bantuan RM650 Dikreditkan Dalam Akaun Penerima
Melalui Belanjawan 2024, pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa jenis bantuan untuk golongan rakyat yang memerlukan. Salah satu bantuan yang diteruskan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi rakyat dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Bantuan RM650 Khas Melalui Program STR
STR 2024 ditujukan kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Individu pemohon mestilah Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Duda / Janda dengan anak yang memenuhi syarat; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Individu Pemohon mestilah Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda / Janda tanpa anak yang memenuhi syarat; dan
- Had umur 60 tahun ke atas; dan
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000.
Bujang
- Individu pemohon mestilah seorang Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal/Janda/Duda/Balu tanpa anak yang memenuhi syarat; dan
- Had umur 21-59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500.
Pembayaran Bantuan RM650 Fasa 3
Bayaran STR 2024 dilaksanakan melalui dua kaedah: kredit terus ke akaun penerima atau secara tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat. Pembayaran akan dilakukan dalam empat fasa seperti berikut:
- Fasa 1: Januari 2024
- Fasa 2: April 2024
- Fasa 3: Ogos & September 2024 (Sekarang)
- Fasa 4: November 2024
Untuk makluman, bayaran bagi Fasa 3 akan dikreditkan kepada para penerima bermula 29 Ogos sehingga selesai. Manakala penerima baharu rayuan akan menerima pembayaran dari 18 hingga 20 September 2024.
Kadarnya STR Fasa 3 adalah seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1-2: RM350
- Bilangan anak 3-4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM650
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1-2: RM200
- Bilangan anak 3-4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 3: RM50
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 3: RM150
Semakan dan Permohonan
Untuk semakan status STR secara dalam talian, ikuti langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik log masuk MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon.
- Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan.
- Masukkan kata laluan.
- Klik Semakan Status.
- Segala maklumat yang dipaparkan adalah tentang kelayakan para penerima dan semakan status penerima.
Untuk individu yang ingin melakukan permohonan baru, anda masih boleh lakukan permohonan melalui portal rasmi yang ditetapkan.