APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2024
Semak update terkini mengenai Bantuan MyKad Madani RM600 untuk tahun 2024 dan pastikan anda layak. Baca lebih lanjut untuk informasi lengkap dan panduan semakan.
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2024
Bantuan MyKad Madani adalah inisiatif tambahan daripada Kerajaan Madani yang ditujukan kepada golongan miskin, miskin tegar, dan bukan miskin. Dana bantuan ini akan dikreditkan melalui MyKad penerima sepanjang tahun untuk memastikan tiada golongan terpinggir.
BILAKAH BANTUAN MYKAD MADANI RM600 TERBARU 2024 DISALURKAN
Penyaluran Bantuan MyKad Madani dijadualkan seperti berikut:
- Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang:
- Bermula: 01/08/2024 (Khamis) hingga 01/12/2024 (Ahad)
- Negeri Sabah, Sarawak, dan Labuan:
- Bermula: 12/08/2024 (Isnin)
BERAPAKAH BANTUAN MYKAD MADANI TERBARU 2024 DISALURKAN
Jumlah Bantuan MyKad Madani yang disalurkan adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (SEMENANJUNG MALAYSIA) | JUMLAH BANTUAN (SABAH DAN SARAWAK) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 hingga RM600 | RM600 |
Warga Emas | RM100 hingga RM600 | RM600 |
Bujang | RM50 hingga RM300 | RM300 |
CHECK STATUS BANTUAN MYKAD MADANI RM600 TERBARU 2024
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status Bantuan MyKad Madani:
- Lawati Laman Check Status Rasmi.
- Skrin akan memaparkan bahagian ‘Check Status’.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa tanda sengkang (-), contoh: 870230116789.
- Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Check Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
RUJUKAN
Maklumat yang dikongsikan dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Laman Bantuan: mykasih.com.my/contact-us
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: info@mykasih.com
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri untuk memudahkan carian pelawat. Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran untuk informasi ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan membantu pelawat mendapatkan info terkini tentang bantuan. Rujukan artikel ini adalah berdasarkan Portal Rasmi dari: mykasih.com.
Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu anda memahami lebih lanjut mengenai Bantuan MyKad Madani RM600 yang terbaru.
Cara Tebus Bantuan RM600
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan diagihkan mulai Julai 2024 dan akan diteruskan setiap bulan selama enam bulan.
Bantuan ini akan disediakan dalam bentuk bakul atau baucar makanan kepada 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang termasuk dalam kategori miskin tegar untuk memenuhi keperluan asas makanan.
Tujuan sumbangan ini adalah untuk meringankan kos sara hidup mereka yang diklasifikasikan sebagai terlampau miskin berdasarkan data e-Kasih.
Bantuan Dalam Data E-Kasih
Sistem eKasih adalah pangkalan data yang ditubuhkan di peringkat nasional untuk isi rumah miskin dan miskin tegar. Sistem ini bertujuan untuk membantu merancang, melaksanakan, dan memantau program kemiskinan.
Data dalam sistem ini diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) dan digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program pembasmian kemiskinan.
Syarat Kelayakan untuk Cara Tebus Bantuan RM600
Syarat dan kriteria bagi penerima inisiatif ini adalah seperti berikut:
- Rakyat Malaysia.
- Keluarga, warga emas bujang, dan individu yang belum berkahwin melalui kategori Sumbangan Tunai (STR) Rahmah 2024.
- Tersenarai sebagai penerima fakir miskin dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) di Jabatan Perdana Menteri sehingga 28 December 2024.