Bantuan One-Off SARA RM600 Dikreditkan Oktober 2024
Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diterima oleh 700 ribu penerima STR yang masing-masing akan mendapat RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit, sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Sumbangan Asas Rahmah : Bantuan One-Off SARA RM600
Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak, serta kategori miskin tegar, akan menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM1200. Bantuan ini juga akan diluaskan kepada 700,000 penerima STR, dengan bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan, yang akan disalurkan melalui MyKad.
Kategori Penerima Bantuan One-Off SARA RM600
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan untuk penerima isi rumah yang dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar
Dua kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar, di bawah data e-Kasib dan JKM. Penerima dalam kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA, serta STR sehingga RM2500, bergantung kepada bilangan anak.
Bayaran & Semakan Status Dikreditkan
Berikut adalah merupakan lima kaedah yang anda boleh gunakan bagi memeriksa sama ada anda layak ataupun tidak dalam menerima bantuan ini:
- Semakan melalui Portal MySTR
- Semakan melalui portal rasmi MyKasih
- Surat Pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Menghubungi MyKasih, HASIL, atau MOF
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh melakukan semakan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan melihat status mereka dalam MySTR, termasuk jumlah bayaran.
Semakan Melalui Portal MyKasih
Langkah-langkah untuk semakan:
- Layari https://www.mykasih.com.my
- Masukkan nombor MyKad
- Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak akan menerima maklumat berikut:
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Tarikh program bermula
- Tarikh program berakhir
Tarikh Bayaran Bantuan SARA 2024
Bantuan sebanyak RM100 sebulan akan mula dikreditkan bermula pada 1 Februari 2024. Bayaran seterusnya akan disalurkan pada 1 hari bulan setiap bulan, mulai Mac 2024.
Bagi penerima di Sabah/Sarawak, bayaran RM600 akan dibuat dalam 2 kali bayaran: pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Maklumat lanjut tentang pelaksanaan SARA boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.