Bantuan One-Off RM1000 Sebulan Melalui Program BKK 2024
Bantuan Kewangan RM1000 sebulan ditawarkan melalui program Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang disediakan khas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM telah memperkenalkan program bantuan ini untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutama yang berada dalam golongan sasar.
Bantuan One RM1000 Sebulan – BKK
Bantuan khas ini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan, dengan kadar RM150 seorang hingga maksimum RM1000 bagi setiap keluarga. Inisiatif berbentuk bantuan kewangan bulanan ini dilancarkan untuk membantu keluarga atau penjaga kepada anak-anak agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat membantu masalah kewangan tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak mengikut peringkat usia mereka.
Kadar Bantuan BKK Sebulan Mengikut Kategori
Bantuan ini akan memberikan bayaran RM150 seorang dan maksimum RM1,000 sebulan. Pecahan kadar bayaran ditetapkan seperti berikut:
- RM200; Umur 6 tahun dan ke bawah
- RM150; Umur 7 tahun hingga 18 tahun
- RM1000; Kadar maksimum sebulan sekeluarga
Syarat Utama Kelayakan Bantuan
- Pemohon mestilah bermastautin dan merupakan warganegara Malaysia.
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
- Remaja berumur 18 tahun ke atas layak dipertimbangkan jika masih bersekolah hingga tamat menengah atas.
- Keluarga atau penjaga yang memberikan jagaan kepada kanak-kanak, dengan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Pengagihan bantuan ini adalah sama dan diselaraskan antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Langkah Mudah Mohon Bantuan One-Off RM1000 Sebulan
Orang awam yang berkelayakan dan berkeperluan boleh membuat permohonan bantuan khas ini selagi masih dibuka sepanjang tahun ini. Untuk semakan penuh dan muat turun borang permohonan, sila layari pautan rasmi – eBANTUAN BKK.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan boleh dibuat di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah, jajahan, atau bahagian seluruh Malaysia. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, individu perlu menyediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan dan dokumen berkaitan.
Maklumat Lanjut