Anda Layak Terima Bantuan Mykad RM1200 ~ Semak Sekarang

Kerajaan Malaysia akan meneruskan Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025, dengan peruntukan sebanyak RM1,200 setahun, bagi membantu rakyat berpendapatan rendah di seluruh negara menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bantuan ini diberikan kepada golongan isi rumah serta warga emas yang layak dan dikategorikan sebagai miskin tegar atau tersenarai dalam program eKasih.

Join Group Wasap (Untuk B40 SAHAJA)

Tarikh Penerimaan Bantuan MyKad Madani 2025

Pelaksanaan bantuan MyKad Madani dijangka bermula antara Januari hingga April 2025 dan akan berterusan sehingga Disember 2025. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan kelak.

Jumlah Bantuan MyKad Madani 2025

Setiap penerima bantuan akan menerima jumlah sebanyak RM100 setiap bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka.

Secara keseluruhannya, jumlah bantuan tahunan bagi setiap penerima ialah RM1,200.

Anda Layak Terima Bantuan Mykad RM1200 ~ Semak Sekarang

Bilangan Penerima Bantuan MyKad Madani RM1200 2025

Kerajaan mensasarkan sejumlah 0.7 juta penerima bagi Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025. Jumlah penerima ini terdiri daripada:

  • Miskin Tegar: 0.2 juta penerima
  • Miskin e-Kasih: 0.5 juta penerima

Kelayakan Penerima Bantuan MyKad Madani RM1200 2025

Kriteria kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang sah.
  2. Telah lulus dalam kategori Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk Isi Rumah atau Warga Emas.
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau dalam program eKasih yang diselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Semakan Status Penerima Bantuan MyKad Madani RM1200 2025

Penerima bantuan boleh menyemak status kelayakan mereka melalui portal rasmi MyKasih. Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/.
  2. Di laman utama, pilih pilihan “[SEMAK STATUS]”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sempang (-), contohnya: 830101XXXXXX.
  4. Isi kod captcha yang tertera dengan betul.
  5. Klik butang “[Semakan Status]” dan status penerimaan akan dipaparkan.

Rujukan

Maklumat mengenai Bantuan MyKad Madani ini boleh dirujuk melalui portal rasmi MyKasih. Sebarang pertanyaan lanjut atau masalah yang berkaitan boleh diajukan kepada pihak MyKasih melalui saluran berikut:

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi cara berikut:

Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau

Melalui Talian PPN:

  1. PPN Perlis: 04-9731976
  2. PPN Kedah: 04-7209236
  3. PPN Pulau Pinang: 04-2185700
  4. PPN Perak: 05-2497400
  5. PPN Selangor: 03-55213600
  6. PPN Wilayah Persekutuan: 03-40420260 / 61
  7. PPN Negeri Sembilan: 06-7659945
  8. PPN Melaka: 06-3333333
  9. PPN Johor: 07-2234777
  10. PPN Pahang: 09-5178208
  11. PPN Terengganu: 09-6272000
  12. PPN Kelantan: 09-7455000
  13. PPN Sarawak: 082-446582
  14. PPN Sabah: 088-484800

e-Mel Rasmi :

Laporan atau pendaftaran kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Penafian

Maklumat ini disampaikan semata-mata untuk rujukan dan memudahkan orang ramai mendapat akses kepada informasi terkini berhubung bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Penulisan ini tidak bertujuan untuk mengutip maklumat peribadi atau mengenakan bayaran kepada pembaca.

Leave a Comment