Nasi Ayam Sedap Macam Kat Restoran Terkenal.
Nasi Ayam adalah salah satu menu yang terkenal di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Menu ini juga mempunyai banyak versi resepi . yang mana semuanya mempunyai peminatnya tersendiri.
Anda pasti teruja untuk mencuba resepi Nasi Ayam yang sedap ini! Hidangan ini bukan sahaja enak dimakan bersama keluarga tetapi juga sesuai untuk majlis keramaian.
Walaupun kelihatan rumit, langkah-langkah yang disediakan akan memudahkan anda dalam penyediaannya. Mari kita lihat cara untuk membuat hidangan yang memukau ini!
Dengan langkah-langkah yang mudah dan bahan-bahan yang menarik, anda kini bersedia untuk menyajikan Nasi Ayam yang pasti memikat hati tetamu. Selamat mencuba dan semoga hidangan ini menjadi kenangan manis dalam setiap majlis anda!
Bahan-Bahan
Jenis Bahan | Bahan |
---|---|
Ayam (direbus) |
|
Ayam (diperap) |
|
Nasi |
|
Sos |
|
Sup |
|
Kuah Kicap |
|
Cara Penyediaan
Cara Masak Ayam
- Bersihkan ayam dan toskan airnya . Lumurkan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah diketuk.
- Sediakan periuk dan rebus ayam sebentar lebih kurang 15 minit.
- Kemudian , angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama lebih kurang 30 minit.
- Selepas 30 minit , sediakan kuali dengan minyak yang panas dan goreng ayam sehingga masak sepenuhnya mengikut selera masing – masing.
Cara Masak Nasi
- Basuh beras dan tos airnya.
- Panaskan butter dalam periuk elektrik dan tumiskan rempah, daun pandan, halia, dan bawang putih sehingga garing.
- Selepas itu , masukkan beras dan kacau sehingga rata.
- Masukkan air rebusan ayam, garam, dan serbuk kunyit dan masak nasi seperti biasa.
- Apabila nasi sudah kering , buka penutuk dan kacau nasi agar nasi cantik dan tidak melekat.
Cara untuk Memasak Sup
- Rebus air rebusan ayam dengan rempah sup bunjut dan bawang besar.
- Tambahkan garam secukup rasa dan taburkan dengan bawang goreng serta hirisan daun sup serta daun bawang semasa dihidangkan .
Cara untuk Memasak Sos
- Kisar semua bahan untuk sos.
- Masak semua bahan yang sudah dikisar sehingga mendidih dan siai unutk dihidangkan.
Cara untuk Memasak Kuah Kicap
- Campurkan semua bahan untuk kuah kicap dan masak seketika.
- Sejukkan sebelum dihidang bersama nasi.
Nota
- Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana ayam akan hilang rasa aslinya dan akan mudah hancur semasa digoreng.
- Boleh kukus ayam sebelum digireng untuk mengekalkan rasa ayam yang sebenar.
- Tambahkan cili padi hijau atau merah untuk rasa sos yang lebih pedas.
- Jika nasi mentah , tambahkan air kedalam nasi dan masak lagi.
- Nasi juga boleh dimasak dengan cara kukus .