Resepi Mee Hailam Kuah Pekat & Banjir

Mee Hailam Kuah Pekat & Banjir.

Mee adalah salah satu makanan asas yang dimakan oleh semua golongan masyarakat dan pelbagai jenis resepi masakan yang dibuat menggunakan mee. Ada mee goreng bodo , mee bandung , mee kuah dan mee goreng mamak.

Semua jenis masakan berasaskan mee mempunyai peminatnya tersendiri dan sebenarnya sangat mudah disediakan dirumah tetapi selalunya kurang disediakan dirumah kerana masakan tersebut menggunakan banyak bahan.

Namun bagi penggemar tegar mee , mereka tidak kisah untuk menyediakan resepi berasaskan mee untuk menjadi hidangan keluarga dan juga jamuan makan – makan bersama rakan kerja dan jiran tetangga.

Bagi penggemar masakan berasaskan mee, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba resepi Mee Hailam yang penuh dengan kepekatan rasa dan kelazatan ini. Sangat sesuai untuk sesiapa yang mencari menu ringkas, cepat, dan mudah disediakan. Jom kita lihat cara penyediaannya!

Ciri-Ciri Utama Mee Hailam

  • Kuah yang banyak (atau banjir, seperti yang dikatakan orang).
  • Warna kuah yang gelap dan sedikit pekat.
  • Penuh dengan isi ayam, seafood, dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
  • Bahan utama adalah mee tetapi ada juga yang menggunakan kueh tiaw.

Bahan-Bahan

BahanKuantiti
AirSecukupnya
Mee kuning1 pek / 450g
Minyak (untuk menumis)Secukupnya
Bawang putih (hiris nipis)2 ulas
Bawang merah kecil (hiris nipis)1 biji
Cili kisar1 sudu besar
Isi ayam (hiris kecil)1 ketul
Serbuk lada sulah1/2 sudu kecil
Karot1/2 batang
Sayur sawi (asingkan daun dan batang)ikut suka
Fishcake (potong nipis)2 keping
Air (anggaran)3 cawan
Sos tomato3 sudu besar
Sos cili3 sudu besar
Sos tiram1 sudu besar
Udang4-5 ekor
Kicap manisSecukupnya
Baby corn (potong bulat)2 batang
Sotong2 ekor
Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)Secukupnya
Tomato (belah 6)1 biji
GaramSecukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Rebus air sehingga mendidih. Celur mee kuning dalam anggaran 5 minit. Tapis dan toskan airnya.
  2. Panaskan sedikit minyak lalu tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak dan pecah minyak
  4. Masukkan hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah. Masak sehingga air ayam kering.
  5. Tambahkan lobak dan batang sawi. Kacau sehingga layu.
  6. Masukkan fishcake dan air. Masak lagi sehingga mendidih.
  7. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, udang, dan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah menjadi pekat dan secukup rasa.
  8. Tambahkan baby corn, sotong, dan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.
  9. Masukkan hirisan tomato dan daun sawi lalu masak sehingga kuah mendidih.
  10. Masukkan mee yang sudah dicelur tadi dan boleh terus dihidangkan .
  11. Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah, dan limau nipis.
  12. Perahkan limau nipis sebelum menjamu mencampurkan mee dengan kuahnya agar rasanya lebih mantap.

Nota

  • Gunakan serbuk lada sulah untuk menghilangkan bau hanyir jika ada.
  • Masukkan sotong pada akhir memasak untuk memastikan isinya tidak liat.
  • Jika kurang masin, tambahkan garam secukup rasa.
  • Mee perlu dicelur terlebih dahulu agar meenya tidak ada rasa kapur.
  • Kueh tiaw juga boleh digantikan dengan mee untuk memasak resepi ini.
  • Jika tidak ada teoung jagung , boleh saja gantikan dengan tepung gandum.
  • Boleh gantikan ayam dan daging lembu jika tidak makan makanan laut.

Selamat mencuba resepi Mee Hailam Kuah Pekat ini! Pastikan anda berkongsi pengalaman dan hasil masakan anda dengan rakan-rakan. Semoga hidangan ini menjadi kegemaran semua!

Leave a Comment