Resepi Nasi Minyak & Ayam Masak MeraH

Resepi Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah.

Jika anda sedang mencari resepi yang pasti akan menggugah selera, nasi minyak yang disajikan dengan ayam masak merah adalah pilihan yang tepat! Gandingan ini bukan sahaja sedap, tetapi juga mudah disediakan. Mari kita lihat resepi yang boleh dijadikan penyelamat dalam hidangan anda.

Resepi ini selalunya di masak semasa majlis besar – besaran dan kecilan namun ia juga sering dijadikan menu makan tengahari bagi mereka yang sukakan makanan kenduri seperti ini. Nasi minyak lebih cantik dan enak dimasak dengan menggunakan beras basmati namun tidak juga kurang enak jika dimasak dengan beras biasa. Selain nasi dan ayam , acar mentah juga selalu disediakan bersama menu ini .

Resepi dan bahan yang digunakan untuk menyediakan ayam masak merah juga boleh digunakan untuk memasak menu lain seperti daging dan juga makanan laut . Jika menggunakan makanan laut , bahan mentah juga perlu digoreng seketika tanpa minyak sebelum disalut dengan masak merah untuk memberikan rasa yang lebih mantap pada masakan.

Join Group Wasap (Untuk B40 SAHAJA)

Bahan-Bahan Nasi Minyak

  • 5 pot beras Basmathi – basuh dan tos
  • 1-2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 bunga lawang
  • 1 kayu manis
  • 3 buah pelaga
  • 5 biji bawang merah – hiris nipi
  • 2 inci halia – kisar dan ambil jus
  • 1 sudu besar jus Sunquick
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit susu cair

Cara-Cara Penyediaan Nasi Minyak

  1. Panaskan minyak sapi dan majerin. Masukkan kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang.
  2. Tambahkan bawang merah hiris. Jika suka, boleh lebihkan minyak sapi untuk rasa yang lebih kuat.
  3. Apabila bawang wangi dan keperangan, tuang air mengikut sukatan beras (1 pot beras = 1 ¼ pot air). Kacau dan masukkan sedikit garam.
  4. Setelah air mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan kacau rata. Biarkan seketika.
  5. Masukkan air halia dan jus Sunquick. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
  6. Apabila nasi hampir kering, tuangkan susu cair dan gaul hingga sebati.
  7. Tambahkan pewarna kuning di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaul dan tutup periuk. Apabila nasi masak, barulah dikacau rata.

Bahan-Bahan Ayam Masak Merah

  • 2 ekor ayam – lumur garam kunyit
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 2 biji bawang besar – hiris
  • 4 batang serai – ketuk
  • 1 botol kecil sos cili (jenama Kimball)
  • 3 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 2 sudu kecil garam
  • Minyak – untuk menumis

Bahan Kisar

  • 10 sudu besar cili kisar
  • 3-4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 inci halia

Cara-Cara Penyediaan Ayam Masak Merah

  1. Goreng ayam hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, dan bunga lawang hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga garing.
  4. Tambahkan sedikit air dan biarkan terbit minyak sekali lagi.
  5. Masukkan sos cili, garam, dan gula. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau hingga ayam masak dan kuah terbit minyak.
  7. Tuangkan susu cair, kacang peas, bawang besar hiris bulat, dan daun ketumbar. Siap dan boleh ditutup api.

Hidangkan nasi minyak bersama ayam masak merah dan acar timun atau pajeri nenas. Kombinasi ini pasti memikat selera seisi keluarga!

Selamat mencuba dan nikmati hidangan istimewa ini!

Leave a Comment