Resipi Nasi Kandar Banjir & Daging Masak Hitam Yang Membuka Selera

Resipi Nasi Kandar Kuah Hitam Yang Membuka Selera

Bagi penggemar nasi kandar, tidak ada yang lebih menggembirakan daripada menikmati hidangan ini dengan kuah banjir, bendi, dan cili hijau. Dengan resipi yang dikongsi oleh ini , anda kini boleh menikmati nasi kandar yang sedap ini di rumah!

Diharapkan resipi nasi kandar kuah hitam ini dapat membantu anda merasai kelezatan makanan kegemaran ramai ini di rumah. Selamat mencuba dan nikmati hidangan yang pasti menggugah selera!

Bahan-Bahan Nasi Kandar

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih (kisar)*
  • 8 biji bawang merah (kisar)*
  • 3 batang kulit kayu manis*
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 3 biji bunga cengkih*
  • 1 ½ sudu besar rempah sup*
  • 6 sudu besar sos cili
  • Garam dan perasa (ikut selera)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 6-8 titis pewarna kuning

Cara Masak Nasi

  1. Tumis bahan bertanda * dengan minyak masak.
  2. Setelah tumis wangi, masukkan beras, air, sos cili, garam, perasa, dan pewarna kuning.
  3. Masak seperti biasa sehingga nasi masak sempurna.

Resipi Ayam Goreng Mamak

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong dan cuci bersih)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Ayam Goreng

  1. Gaul tepung jagung, tepung beras, bawang putih, dan halia dalam satu mangkuk.
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, kunyit, lada hitam, garam, gula, dan perahan limau nipis. Gaul rata.
  3. Masukkan ayam dan daun kari, sedikit air, dan perap selama 30 minit.
  4. Goreng ayam dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Resipi Daging Kuah Hitam

Bahan-Bahan

  • 1 kilo daging (potong kiub)
  • ½ cawan kicap
  • ½ cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili

Bahan untuk Disangai & Dikisar Kering

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • ¾ sudu besar biji ketumbar
  • ¼ sudu besar lada hitam

Bahan Kisaran Basah

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar

Cara Masak Kuah Hitam

  1. Rebus dahulu daging sehingga lembut dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga bersama bahan kisar basah hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kering yang telah dikisar, kacau rata.
  4. Tambahkan daging yang sudah direbus tadi dan sedikit air, masak dengan api perlahan hingga pekat.
  5. Setelah pekat, masukkan asam jawa, garam, kicap, sos tomato, dan sedikit air panas. Masak hingga minyak terbit dan pekat. Rasa dan tambah bahan jika perlu. Siap!

Resepi Kari Telur

Bahan – bahan 

5 biji telur | rebus & kopek
2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili (saya tak letak, anak tak makan pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit

**Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan ½ cawan air, kacau sebati.

Garam
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan Untuk  Dikisar Halus

1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah Untuk Ditumis

3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis rempah dan kemudian tumis bahan kisar.
2. Apabila sudah daring , masukkan bancuhan serbuk rempah, serbuk cili dan kunyit tadi lalu masak sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu tambahkan garam, air asam jawa secukupnya. Masak api perlahan sampai mendidih dan pecah minyak lagi sekali.
4. Akhir sekali, masukkan telur rebus dan siap untuk dihidangkan bersama nasi dan juga daging masak hitam.

Leave a Comment