Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Peluang Berkerja di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Dapatkan peluang kerjaya yang hebat! Kami ingin mengumumkan kekosongan jawatan menarik di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan.Ini adalah salah satu jawatan kosong yang ditawarkan pada bulan ini dan semua yang berminat boleh segera memohon sebelum tarikh tutup.

MAKLUMAT JAWATAN & TARIKH TUTUP

  • Nama Majikan: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Tarikh Tutup:Rujuk Iklan

MAKLUMAT JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • Pengurus Kraf Holdings Sdn Bhd

PENGENALAN MAJIKAN

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kraftangan Malaysia, agensi peneraju dalam kecemerlangan dan pembangunan industri kraf negara agar kekal mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Kraftangan Malaysia juga merupakan agensi unggul yang bertanggungjawab mengkomersialkan produk kraf melalui pembangunan pemasaran, dan keusahawanan.

Pembangunan portal kraf ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam mempelbagaikan media komunikasi utama sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam urusan seharian.

Portal yang menampilkan paparan yang padu dan komprehensif, berinformasi dan mesra pengguna ini berfungsi sebagai platform pelbagai capaian maklumat mengenai program, aktiviti dan bahan ilmiah kraf. Ia juga merupakan pintu gerbang kepada sistem atas talian yang menyumbang kepada kemajuan industri kraf negara.

Sebagai sebuah agensi yang mengamalkan dasar ketelusan dan keterbukaan, komitmen kami adalah untuk sentiasa berusaha untuk berkongsi maklumat terkini dan input yang dinamik kepada orang ramai. Sebarang perkongsian maklumbalas, cadangan dan pertanyaan boleh diemelkan kepada pro@kraftangan.gov.my

SYARAT MEMOHON 

Join Group Wasap (Untuk B40 SAHAJA)

1. Warganegara Malaysia yang berumur lebih 25 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara atau kelayakan yang setaraf dengannya;
3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
4. Mahir menggunakan komputer (Microsoft Office);
5. Berpengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam pengurusan syarikat;
6. Mempunyai prestasi kerja yang cemerlang, sifat kepimpinan yang dinamik, mempamerkan
keupayaan pemikiran strategik serta daya pemikirannyang inovatif.

SKOP KERJA

1. Menyediakan Laporan Prestasi Pengeluaran dan Jualan syarikat serta membentangkan l
laporan tersebut kepada Badan Induk serta Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
2. Mengawal selia kedudukan kewangan serta menyediakan laporan bajet syarikat bagi setiap tahun perancangan operasi bagi memastikan kewangan syarikat mencukupi bagi menampung operasi syarikat.
3. Mengurus keseluruhan sistem pengurusan sumber manusia syarikat yang terdiri daripada kakitangan bahagian pengeluaran serta pengurusan syarikat.
4. Mengawal sepenuhnya keseluruhan operasi syarikat termasuk membuat perancangan dalam menguruskan pengeluaran syarikat.

*** Calon wajib mengemukakan resume beserta gaji yang dipohon (Expected salary)

CARA MOHON

Berikut adalah kaedah untuk memohon jawatan kosong ini.Klik link JAWATAN KOSONG INI.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat .

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Segala tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh pihak majikan yang berkenaan.

Leave a Comment