Bantuan Tunai Tambahan Secara One – Off Untuk Rayat B40 & M40

Anda berpeluang untuk menerima bantuan kewangan ini! Baca artikel ini hingga habis untuk mengetahui cara memohon serta cara semak status permohonan dengan mudah.

Jangan lepaskan peluang untuk memperbaiki keadaan kewangan anda dengan Bantuan Tunai Tambahan SARA 2024 yang disediakan oleh kerajaan.

Bantuan Tunai One-Off untuk 8 Juta Rakyat Malaysia!

Berita Baik!

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bantuan tunai one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kategori miskin dan miskin tegar bermula 9 Disember 2024.

Adakah anda salah seorang yang layak menerima bantuan tambahan ini? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan SARA dan syarat kelayakannya.

Pengenalan Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Dalam Belanjawan 2024, bantuan SARA telah diperluas kepada 700,000 penerima STR dengan pembayaran sebanyak RM100 sebulan untuk 12 bulan melalui MyKad.

Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, semua penerima STR akan layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), berbanding hanya kategori miskin tegar seperti pada tahun 2023.

Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2024

Dua kategori baru diperkenalkan iaitu Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar. Penerima yang layak adalah mereka yang berada dalam kategori ini berdasarkan data eKasih.

Kadar bantuan untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan meningkat kepada RM1,200 (2023: RM600), sementara bantuan untuk Bujang kekal RM600.

Nota Penting: Penerima STR yang bukan dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak menerima bantuan SARA 2024 seperti berikut:

  • Isi Rumah yang bukan Miskin atau Miskin Tegar: RM300 setahun
  • Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang yang bukan Miskin atau Miskin Tegar: RM150 setahun

Semakan Kelayakan Bantuan SARA One-Off

Jika anda ingin mengetahui status kelayakan, semakan boleh dilakukan di laman web STR.

Bantuan one-off ini hanya diberikan kepada penerima STR yang tidak termasuk dalam kategori miskin atau miskin tegar.

Semakan Kelayakan: Lakukan semakan kelayakan anda di laman web STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Bayaran SARA one-off akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 9 Disember 2024.

Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2024 & Tarikh Pembayaran

Penerima di Semenanjung Malaysia:

Pembayaran akan dilakukan melalui MyKad dengan elaun bulanan sebanyak RM100 untuk Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan, dan RM50 untuk Bujang, selama setahun.

Pembayaran pertama bermula pada 22 Januari 2024, dan seterusnya pada 1 setiap bulan.

Penerima di Sabah/Sarawak:

Bagi penerima di Sabah/Sarawak, pembayaran RM600 akan dilakukan dalam dua kali bayaran iaitu pada 19 Februari 2024 dan September 2024 melalui bank cawangan Bank Simpanan Nasional.

Penerima STR Bukan Miskin / Miskin Tegar:

Bantuan SARA akan disalurkan mulai 9 Disember 2024 kepada penerima STR yang bukan dalam kategori miskin/miskin tegar melalui akaun bank seperti kaedah pembayaran STR sebelum ini.

Cara Pembelian Barangan Keperluan Bantuan MyKasih 2024

Setelah diterima, penerima SARA di Semenanjung Malaysia akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 melalui MyKad untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan.

Penerima akan dapat membeli barangan terpilih melalui pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih.

Pembelian akan dilakukan tanpa tunai menggunakan MyKad, yang membolehkan penerima membeli barangan seperti beras, minyak masak, telur, biskut, dan lebih banyak produk keperluan asas.

Semak Baki Bantuan Anda

Penerima boleh menyemak baki SARA melalui aplikasi MyKasih atau laman web rasmi. Untuk muat turun aplikasi, lawati MyKasih App.

Rujukan Kedai Runcit

Seiring dengan sambutan yang menggalakkan, kerajaan kini telah memperluas senarai kedai yang mengambil bahagian dalam program ini kepada lebih 515 buah kedai di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai yang berdaftar, sila rujuk senarai rasmi di sini: Senarai Kedai.

Leave a Comment