Peluang Kerjaya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
MAKLUMAT MAJIKAN & TARIKH TUTUP
- Nama Majikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka
- Lokasi Kekosongan: Melaka
- Tarikh Tutup: 08 November 2024
MAKLUMAT JAWATAN
Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa
KELAYAKAN
SYARAT LANTIKAN
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Syarat Kelayakan
i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf ;
ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang ;
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti ;
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik ;
v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana);
vi. Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki ijazah sarjana muda ;
vii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan ;
viii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.
PERHATIAN KEPADA CALON
i. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen yang berikut yang telah DISAHKAN :-
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA)
iii. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
iv. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA
CARA MOHON
Borang Perjawatan UiTM Cawangan Melaka boleh diperolehi melalui muat turun di laman web UiTM Cawangan Melaka https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/discover-us/campuses ATAU
Terus ke link jawatan kosong Kerja Kosong Ini.
(a) Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 November 2024 (Jumaat).
(b) Sila kemukakan permohonan melalui pos kepada :
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UiTM CAWANGAN MELAKA
KAMPUS ALOR GAJAH
KM 26, JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
NO TEL : 06-5582438 / 2321 /2014