Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Inisiatif bantuan ini bakal disalurkan kepada sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda informasi terkini berkenaan dengan bantuan SARA 2025 secara terperinci.
Pengenalan Bantuan SARA 2025
SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.
Bagi STR 2025 untuk kategori isi rumah akan meningkat kepada 4.1 juta penerima berbanding penerima berbanding 700,000 pada 2024. Penerima juga akan menerima SARA RM100 sebulan menerusi MyKad mulai April 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
Kategori bujang pula akan menerima STR 2025 bernilai RM600 pada tahun depan berbanding RM500 pada 2024.
Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PERINCIAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA / MYKASIH) 2025
Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025, dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
- Di bawah program ini, penerima yang layak boleh menerima barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.
- Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.
- Pemberian wang bantuan SARA akan diagihkan RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan melalui pembelian tanpa tunai.
- Manakala untuk kategori bujang pula akan menerima STR RM600.
Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2025
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah seperti berikut:
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan STR 2025 ini akan terpapar dalam laman web STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/ seperti berikut:
Bagi yang menerima paparan jumlah yang layak RM1200, anda akan menerima kredit RM100 sebulan melalui MyKasih.
Semakan juga boleh dibuat melalaui aplikasi MyKasih di pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2025
Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan RM100 sebulan untuk isi rumah, RM600 untuk warga emas tiada pasangan dan RM600 untuk golongan bujang.
Hanya penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun.
Bantuan ini akan disalurkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima dengan membolehkan penerima SARA membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Tarikh Bayaran
Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.