Rayuan Status Tidak Lulus STR 2024. Baca panduan kami mengenai semakan semula untuk peluang kedua.
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 telah mula disalurkan secara berperingkat bermula pada 29 Ogos 2024. Bantuan ini diberikan kepada penerima yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Pembayaran akan dilakukan secara automatik ke dalam akaun bank penerima, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 29 Ogos 2024.
Semakan Status Tidak Lulus STR 2024
Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya mendapat status LULUS RAYUAN. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkenaan status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2024:
Maksud Status Permohonan
Permohonan Diterima dan Dalam Proses
- Permohonan Diterima: Merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan dalam proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan ini masih boleh dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
- Dalam Proses: Merujuk kepada permohonan STR yang sedang melalui proses verifikasi kelayakan STR 2024.
Maksud Status Lulus dan Tidak Lulus
- Lulus: Merujuk kepada permohonan STR yang memenuhi syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
- Tidak Lulus: Merujuk kepada permohonan STR yang tidak memenuhi syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Kemaskini STR 2024
Sekiranya status permohonan anda Dalam Proses, maklumat permohonan tidak boleh dikemas kini sehingga keputusan dipaparkan.
Maksud Tidak Layak STR 2024
Jika anda membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan status permohonan adalah Tidak Layak, sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai status tersebut.
Soalan Lazim Berkaitan Status TIDAK LULUS STR 2024 & Rayuan – FAQ
- Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2024 pada November 2023 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- Amaun bayaran adalah mengikut setiap fasa permohonan. Jika permohonan STR lulus pada Fasa 1, anda akan menerima bayaran STR Fasa 1 sebanyak RM100 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. (Rujuk Soalan 3(c))
- Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2024 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- Kelayakan STR 2024 tidak mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja.
- Permohonan STR 2024 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2024. Permohonan Rayuan tersebut telah lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 ke bawah. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- Kelayakan STR 2024 tidak mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja.
- Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2024. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran Fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya?
- Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- Fasa 1: RM100 (kategori Bujang)
- Fasa 2: RM100 (kategori Bujang)
- Fasa 3: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah)
- Fasa 4: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah)
- Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- Saya telah lulus permohonan STR 2024 kategori Isi Rumah tiada maklumat anak berpendapatan RM2,500 ke bawah dan telah mengemas kini maklumat anak pada bulan Februari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran Fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
- Anda akan menerima amaun bayaran bagi Fasa 2, 3 dan 4 mengikut kategori kelayakan terkini:
- Fasa 1: RM500 (kategori Isi Rumah : Anak 0)
- Fasa 2: RM300 (kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- Fasa 3: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- Fasa 4: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- Anda akan menerima amaun bayaran bagi Fasa 2, 3 dan 4 mengikut kategori kelayakan terkini:
- Permohonan STR saya lulus STR 2024 kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan bilangan anak 1-2 orang. Anak ketiga saya lahir pada bulan Mei 2024, saya telah mengemas kini maklumat anak pada Julai 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran Fasa 4. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
- Anda akan menerima amaun bayaran Fasa 4 sahaja mengikut kategori kelayakan:
- Fasa 1: RM500 (kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- Fasa 2: RM300 (kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- Fasa 3: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- Fasa 4: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah : Anak 3-4)
- Anda akan menerima amaun bayaran Fasa 4 sahaja mengikut kategori kelayakan:
- Saya lulus STR 2024 kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT)/Bujang tiada maklumat anak. Saya menambah maklumat anak pada Januari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran Fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah:
- Fasa 1: RM100 (kategori Bujang)
- Fasa 2: RM300 (kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- Fasa 3: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- Fasa 4: Dikemas kini dari masa ke semasa (kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah:
- Saya lulus permohonan STR 2024 pada bulan Mei 2024 dan telah menerima bayaran bagi Fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2?
- Tidak. Kelayakan STR 2024 tidak mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2024.
- Sekiranya saya ingin mendapatkan bayaran STR 2024 bermula daripada Fasa 1, bilakah saya perlu membuat permohonan?
- Anda perlu membuat Permohonan STR 2024 dalam tempoh 1 November 2023 hingga 30 November 2023 dan mesti berstatus lulus untuk mula menerima bayaran STR dari Fasa 1 hingga Fasa 4.
Jadual Pembayaran STR Fasa 3 2024
Jumlah yang bakal diterima untuk STR Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing:
- Isi rumah (<RM2500): RM150 – RM650
- Isi rumah (RM2501-RM5000): RM150 – RM300
- Warga Emas (Tiada pasangan): RM150
- Bujang: RM50
Permohonan Rayuan STR 2024
Sekiranya status permohonan anda TIDAK LULUS, anda boleh menghantar permohonan rayuan secara dalam talian atau melalui borang kertas di kaunter LHDNM. Untuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: Laman Web Rasmi STR 2024.