Terkini: Bantuan Banjir RM1000 Bagi Yang Terjejas Mohon Bantuan Ini Sekarang Dan Semak Kelayakan

TERKINI: Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

Adakah Anda Terjejas oleh Banjir?

Di sini, kami ingin berkongsi maklumat lanjut mengenai Bantuan Wang Ihsan, termasuk syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan RM1,000 dan RM5,000, serta cara membuat permohonan.


Apa Itu Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk Mangsa Banjir?

Kerajaan Malaysia telah menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat Monsun Timur Laut atau bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Selain itu, bantuan sebanyak RM5,000 juga ditawarkan kepada pemilik rumah yang mengalami kerosakan akibat banjir atau bencana alam lain.

Bantuan Pemulihan Rumah (BPR)

Pemilik rumah boleh memohon Bantuan Pemulihan Rumah (BPR) sehingga RM5,000 melalui Pengerusi JPBD. Proses verifikasi akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan agensi berkaitan yang lain. Jumlah bantuan tertakluk kepada nilai kerosakan yang disahkan oleh pihak penilai, dengan had maksimum RM5,000.

Syarat Kelayakan

  1. Kelayakan Penerima: BWI hanya diberikan kepada ketua isi rumah yang merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pengesahan Kelayakan: Setiap permohonan perlu disahkan oleh Pegawai Daerah bagi memastikan mangsa benar-benar terjejas.
  3. Had Bantuan: Hanya satu rumah bagi setiap ketua isi rumah yang layak untuk menerima BWI, tanpa mengira bilangan isi rumah dalam keluarga.
  4. Bantuan Sekali Sahaja: Kelayakan untuk BWI bagi bencana banjir hanya diberi sekali dalam satu musim bencana yang diisytiharkan. Jika bencana berlaku lebih daripada sekali, tiada bantuan tambahan akan diberikan.
  5. Pendaftaran untuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS): Bagi ketua isi rumah yang berpindah ke PPS, pendaftaran BWI tidak diperlukan, kerana senarai nama akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah.

Bagi ketua isi rumah yang rumahnya terkesan tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dilakukan melalui ketua masyarakat atau di Pejabat Daerah terdekat.

Nota Penting

  • Semua proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan, dan agihan BWI adalah tanggungjawab Pejabat Daerah/Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)/Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
  • Peruntukan BWI disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN), yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • NADMA tidak terlibat dalam proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan, atau agihan BWI kepada ketua isi rumah.

Jumlah Amaun Kelayakan

Setiap ketua isi rumah akan menerima RM1,000 tanpa mengira bilangan ahli keluarga.

Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Bagi mereka yang berpindah ke PPS, ketua isi rumah boleh berhubung dengan petugas di PPS.

Bagi mereka yang tidak berpindah ke PPS, permohonan perlu dilakukan melalui ketua masyarakat atau Pegawai Daerah. Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah serta Pengerusi JPBD.

Nota: Tiada permohonan secara dalam talian.

Dokumen Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan berbeza mengikut kategori pemohon:

  • Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan, kerana urusan akan diuruskan oleh JKM.
  • Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua masyarakat.
  • Mereka yang tidak berpindah ke PPS perlu mendaftar dengan ketua masyarakat.

Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Mangsa Banjir

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah yang terlibat di nombor telefon yang disediakan.

Sumber: NADMA


Baca juga:

  • Cara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup
  • Bantuan Tunai Rakyat 2024 (BTR)

Maklumat Tambahan: Orang awam boleh merujuk Portal NADMA atau lampiran FAQ berkenaan BWI. Klik ke laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk maklumat terkini mengenai bencana banjir, amaran hujan lebat, dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Leave a Comment