Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 Dan Kriteria Kelayakan

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 Dan Kriteria Kelayakan

Pada 12 Ogos 2024, semua penerima yang layak akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600.

Inisiatif ini diperkenalkan dalam Belanjawan Madani 2024, di mana isi rumah dengan lima anak atau tiga anak yang memenuhi kriteria tertentu akan mendapat bantuan tambahan RM1200, khusus untuk mereka yang berada dalam kategori miskin tegar.

Dalam usaha untuk memperluaskan bantuan, Belanjawan 2024 juga menetapkan bahawa bantuan ini akan diberikan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan, menggunakan sistem pengkreditan melalui MyKad.

Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR sebanyak RM1200 akan diberikan kepada penerima isi rumah yang dikenalpasti sebagai miskin tegar.

sumbangan asas rahmah

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Dua kategori baharu telah diperkenalkan dalam Sumbangan Asas Rahmah fasa 2, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar yang terdaftar dalam sistem e-Kasib serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penerima dalam kategori ini layak untuk menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA, dan juga layak mendapatkan STR hingga RM2500, bergantung kepada bilangan anak.

sumbangan asas rahmah

 

SARA 2 1024x1024 1

SARA 3 1024x1024 1

Cara Semakan Status Bantuan SARA

Untuk mengetahui kelayakan anda bagi bantuan SARA, terdapat lima kaedah semakan yang boleh digunakan:

1. Melalui Portal MySTR

2. Melalui Portal MyKasih

3. Surat Pemakluman

  • Penerima akan menerima surat pemberitahuan mengenai status kelayakan mereka.

4. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • SMS blast akan dihantar kepada penerima yang memenuhi syarat.

5. Hubungi MyKasih, HASIL, atau MOF

  • Anda boleh menghubungi agensi yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

427625913 358342373821112 8195898290703074906 n 1024x1024 1

Jadual Pembayaran Bantuan SARA

Pembayaran tambahan SARA akan dimulakan pada 12 Ogos 2024, dengan jumlah RM100 sebulan. Bayaran seterusnya dijadualkan pada 1 setiap bulan, bermula September 2024.

jadual sara

Maklumat Lanjut

Pemohon STR digalakkan untuk merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) untuk maklumat lebih lanjut mengenai proses permohonan dan kelayakan.

Dengan pelaksanaan bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban kehidupan rakyat yang memerlukan, terutamanya golongan miskin tegar di negara ini.

 

Leave a Comment