Semak bayaran bantuan JKM setiap bulan RM100 sehingga RM500 yang dibayar terus ke akaun penerima bulanan. Bayaran bantuan ini berbeza mengikut jenis kategori bantuan. Semak Bantuan JKM 2024.
Kami kongsikan cara semak tarikh bayaran JKM September 2024.
Baca juga artikel ini: Permohonan Rumah PPR RM124
Semak Bayaran Bantuan JKM Setiap Bulan
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM dibayar bermula 1 – 10 September 2024.
Pihak JKM akan memberikan maklumat sekiranya terdapat perubahan daripada semasa ke semasa tarikh bayaran JKM.
Cara Semak Bantuan JKM
Cara mudah semak bantuan JKM 2024:
- Layari portal e-Maklum https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan no mykad
- Masukkan nombor akaun bank
- Klik carian berdasarkan nombor akaun bank
- Pilih tarikh semakan
- Maklumat pembayaran kemudian ditunjukkan
11 Senarai Bantuan JKM
11 jenis bantuan diuruskan oleh JKM seperti berikut:
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BKB)
Tujuan Utama Bantuan JKM
- Untuk meringankan beban
- Membantu penerima berdikari
- Alat pemulihan untuk terus tinggal bersama masyarakat
- Sebagai sumber kewangan sementara untuk hidup