2. Membantu dalam penyediaan input yang berkaitan dengan polisi semasa yang terkait dengan kos sara hidup
3. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan Microsoft Word, Excel (Immediate atau Advance) dan Power Point. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam perisian statistik seperti SPSS, Stata, Python dan R atau perisian visualisasi data seperti Microsoft Power BI dan Tableau
4. Menjalankan analisis berkaitan indikator ekonomi sekiranya perlu
5. Mempunyai pengetahuan dalam isu kos sara hidup secara am
6. Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN
- Berperwatakan menarik
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan
- dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
KELEBIHAN
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit
- dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)
CARA MOHON
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat .
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
PENGENALAN MAJIKAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan.
Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju.
Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.