Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)

Peluang Kerjaya di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).

Iklan ini adalah bertujuan untuk berkongsi tentang kekosongan jawatan di sesebuah jabatan swasta dan kerajaan, yang mana ia ditawarkan oleh majikan yang berkenaan kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.

MAKLUMAT JAWATAN & TARIKH TUTUP

  • Nama Majikan: Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang
  • Lokasi Kekosongan: Pahang
  • Tarikh Tutup: 23 Oktober 2024

MAKLUMAT JAWATAN

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • Pegawai Tadbir Gred N41

Untuk mengemukakan permohonan kosong terbaru di atas, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini seperti di bawah.

KELAYAKAN MOHON

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) Warganegara Malaysia; (Keutamaan Rakyat Negeri Pahang)

(b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan;
– Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
– Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43); dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(e) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang perakaunan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; dan

(f) Ahli berdaftar Chartered Accountant (C.A) atau Registered Accountant (R.A)

KELEBIHAN

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit
  • dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

Cara Mohon

Permohonan boleh dilakukan secara online. Klik pautan “IKLAN JAWATAN ini dan boleh rujuk segala maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan yang bertanggungjawab.

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang di pautan http://jawatan.pkpp.gov.my. mulai 23 September 2024 hingga 23 Oktober 2024.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat .

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Segala kos semasa permohonan dilakukan dan semasa sesi temuduga adalah sepenuhnya tanggungjawab pemohonan dan tiadak ditanggung oleh majikan yang terlibat.

Permohonan akan ditolak sekiranya borang dan maklumat yang dikongsikan tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

Borang permohonan diterima selepas tarikh tutup permohonan juga akan ditolak dan tidak diterima oleh pihak majikan.

Pengenalan Majikan

Bermula dengan nama Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (atau secara ringkasnya LKPP Negeri Pahang) ditubuhkan pada 15 November 1969 dibawah Enakmen Darurat Pahang (Bil 2) Tahun 1969. Enakmen penubuhan LKPP Negeri Pahang kemudiannya telah disahkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 01 April, 1971.

Di awal penubuhannya, LKPP Negeri Pahang telah terlibat di dalam pembukaan ladang di kawasan-kawasan yang diteroka oleh Jabatan Pertanian. Di sinilah juga bermulanya tanggungjawab sosial LKPP Negeri Pahang dengan pewujudan Rancangan Tanah Pemuda (RTP).

Di dalam Rancangan Lima Tahun LKPP dan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), LKPP Negeri Pahang perlu lebih agresif dalam penanaman tanaman komoditi utama.

Dengan berlakunya banjir besar pada 1970/1971 serta gerakan komunis yang masih berleluasa, LKPP Negeri Pahang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tambahan projek sosial melibatkan rakyat iaitu Rancangan Penempatan Semula Banjir dan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan di samping Projek Tanah Pinggir dan Ladang Kecil.

Mulai 1 Oktober 2016, LKPP secara rasminya telah ditukarkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang mana diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada penggal ke-4 yang bersidang pada 10 hingga 14 Mei 2016 yang telah meluluskan Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang 2016.

Leave a Comment