- Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Sekeping gambar berukuran pasport yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan ditulis di belakang.
- Kad pengenalan asal beserta satu salinan yang diakui sah.
- Sijil-sijil asal berkaitan dengan satu salinan yang diakui sah.
- Surat akuan asal dan satu salinan yang diakui sah.
- Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
- Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.
- Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
- Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
- Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat .
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
PENGENALAN MAJIKAN
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Pemerbadanan 1980).
Tujuan penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.
Selain itu, berdasarkan Akta 231, LLM juga berperanan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya-lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan, menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan-kawasan rehat dan rawat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya, memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari kemudahan di sepanjang lebuh raya, merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya dan pada amnya melakukan apa-apa juga perkara untuk memajukan lagi lebuh raya.
Walau bagaimanapun, selepas Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan pada tahun 1983, peranan LLM sebagaimana yang telah digariskan oleh Akta 231, telah berubah iaitu dari sebuah badan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas lebuh raya bertol, menjadi sebuah badan yang bertanggungjawab mengawalselia pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia.
Ianya bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan selesa kepada pengguna-pengguna lebuh raya.