Jawatan Kosong Di Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

Peluang Kerja Terkini di Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Adakah anda seorang Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun? Jika ya, ini adalah peluang keemasan untuk anda! Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sedang mencari individu berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Tadbir N41 (MySTEP) di Cawangan Pendaftaran Pakar.

Pengenalan

MPM telah ditubuhkan dibawah Akta Perubatan 1971 yang telah diluluskan pada 27 September 1971 dan telah diwartakan pada 30 September 1971.

Penubuhan MPM adalah sebagai satu usaha untuk memastikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan selamat untuk negara.

Pada 9 Mei 2007, MPM telah diberikan kebenaran dan kelulusan dari Kabinet Kerajaan Malaysia untuk berfungsi sebagai badan korporat seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 3 Akta Perubatan 1971.

Seterusnya, pada 1 Julai 2017, MPM telah diwartakan sebagai badan berkanun persekutuan selepas Akta Perubatan 1971 dipinda pada tahun 2012 dan Peraturan-Peraturan Perubatan 1974 yang digantikan oleh Peraturan-Peraturan Perubatan 2017.

Majlis ini ialah badan perubatan yang tertinggi dan membuat semua keputusan polisi. Semua doktor di Malaysia wajib berdaftar dengan majlis ini. Majlis akan bertindak mengikut pelbagai jawatankuasa dan sekretariat. Presiden MMC terkini adalah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan.

Maklumat Jawatan & Tarikh Tutup

Nama MajikanMajlis Perubatan Malaysia (MMC)
Lokasi KekosonganKuala Lumpur
Tarikh Tutup04 Oktober 2024

Kelayakan Memohon

Anda dialu-alukan untuk memohon jika anda memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf.
  • Ciri-ciri peribadi yang diingini:
    • Berperwatakan menarik
    • Berpengetahuan
    • Mempunyai ciri kepimpinan
    • Dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan Bekerja di MMC

Bekerja di Majlis Perubatan Malaysia datang dengan pelbagai kelebihan yang menarik:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit
  • Dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

Skop Kerja

• Menyemak borang permohonan dan dokumen sokongan.
• Menyemak ringkasan permohonan pengamal yang disediakan oleh pembantu tadbir.
• Merancang, menyelaras dan menyelia tugas-tugas kakitangan pelaksanaan di bawah seliaan.
• Menyelaras mengurus dan mengendalikan mesyuarat JKKPKP (Fizikal, atas talian, edaran emel).
• Membantu menyelaras mesyuarat JKP2.
• Membantu menyediakan dokumen berkaitan pendaftaran pakar untuk mesyuarat MPM.
• Memberikan maklumbalas melalui emel, perjumpaan secara fizikal dan panggilan telefon bagi pertanyaan pengamal berkenaan permohonan pendaftaran pakar.
• Penglibatan dalam bengkel/mesuyuarat ad-hoc MPM.
• Melaksanakan arahan daripada Pegawai/Ketua Jabatan dari semasa ke samasa.

• Mengurus dan menyemak permohonan pendaftaran pakar bagi bidang kepakaran perubatan.

Bagaimana Memohon

Untuk memohon, anda boleh melakukannya secara online. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah.
  • Rujuk maklumat permohonan, syarat, dan tarikh tutup permohonan yang ditetapkan.
  • Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat terkini yang diperlukan.

Hanya calon yang terpilih dan disenaraikan pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Pautan Permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara online. Klik pautan dibawah dan boleh rujuk segala maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan yang bertanggungjawab.

Klik Jawatan di sini untuk maklumat lanjut dan memohon jawatan

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat sehingga 6 bulan.

Jika tiada sebarang panggilan dalam masa 6 bulan makanya permohonan sudah tidak sah . Segala kos semasa permohonan dilakukan dan semasa sesi temuduga adalah sepenuhnya tanggungjawab pemohonan dan tiada kaitan dengan majikan.

Leave a Comment