Jawatan Kosong Di Koperasi Tenaga Nasional Berhad

Peluang Kerjaya di Koperasi Tenaga Nasional Berhad Sebagai Kerani Travel & Tours.

Pengenalan Majikan

Pada awal tahun 1951, mesyuarat pertama diadakan yang dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan

Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951.

Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara.

Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

Jawatan Kosong Terkini & Lokasi

  • Nama Majikan: Koperasi Tenaga Nasional Berhad
  • Lokasi Kekosongan: HQ, Koperasi TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
  • Tarikh Tutup:Rujuk Iklan

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • Kerani Travel & Tours

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, kami ingin mengajak anda untuk memohon! Berikut adalah maklumat penting mengenai jawatan ini.

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB) ingin mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon dan mengisi jawatan kosong seperti yang dinyatakan. Tawaran dibuka kepada calon yang mempunyai kelayakan seperti berikut:

Syarat & Kriteria Kelayakan

1. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM, STPM atau Diploma dalam bidang yang berkaitan.
2. Berpengalaman kerja 1-2 tahun dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
3. Kemahiran yang baik dalam menguruskan sistem dokumentasi, pemfailan, dan sistematik.
4. Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti MS Office.
5. Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
* Lepasan Graduan digalakkan untuk memohon.

Skop Tugas

1.Menerima dan membuat tempahan tiket
2.Menyediakan sebutharga tiket / hotel / pakej
3.Penerimaan tempahan dan penyediaan tour
4.Membuat permohonan visa untuk peserta
5.Menyelia tambah nilai akaun prabayar syarikat penerbangan
6.Mendapatkan harga tiket dan hotel mengikut harga pasaran

Faedah / Kelebihan

– Persekitaran kerja yang baik
– Latihan dan kursus berkaitan disediakan
– Faedah Perubatan
– Kemudahan pengangkutan awam

Kelebihan Bekerja Bersama Kami

Menjadi sebahagian daripada Koperasi Tenaga Nasional Berhad menawarkan banyak kelebihan, termasuk:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Dan banyak lagi!

Bagaimana Memohon

Permohonan boleh dilakukan secara online. Klik pautan “IKLAN JAWATAN” ini dan boleh rujuk segala maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan yang bertanggungjawab.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat sehingga 6 bulan.

Jika tiada sebarang panggilan dalam masa 6 bulan makanya permohonan sudah tidak sah . Segala kos semasa permohonan dilakukan dan semasa sesi temuduga adalah sepenuhnya tanggungjawab pemohonan dan tiada kaitan dengan majikan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai Koperasi Tenaga Nasional Berhad. Kami menanti kehadiran anda!

Leave a Comment