Untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), adalah penting untuk mengetahui jadual pembayaran bagi memudahkan perancangan perbelanjaan anda. Kerajaan melalui portal Malaysia Madani telah mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 29 Ogos 2024.
Menerusi STR, kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM3,100 kepada penerima yang layak. Fasa 2 telah memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima, dengan jumlah peruntukan hampir RM8 bilion. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup bagi golongan yang memerlukan, terutama di kalangan B40.
Bagi STR Fasa 3, pembayaran dijangka akan dimulakan pada Ogos 2024. Walaubagaimanapun, tarikh sebenar pembayaran masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat.
Pemberian STR ini bertujuan untuk memastikan bantuan sampai kepada isi rumah berpendapatan rendah. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 3:
Jadual Pembayaran STR Fasa 3
Kaedah Pembayaran | Tarikh Bayaran |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | 29 Ogos – 6 September 2024 |
Penerima Baharu & Rayuan | 18 – 20 September 2024 |
Tiada Akaun Bank (Sedia Ada) | Mulai 29 Ogos 2024 |
Tiada Akaun Bank (Baharu) | Mulai 18 September 2024 |
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran (RM) |
---|---|
Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2500) | RM150 – RM650 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2500 – RM5000) | RM150 – RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM50 |
Cara Semakan STR Fasa 3
- Layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan nombor MyKad pemohon.
- Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan.
- Semak status permohonan dan maklumat pembayaran.
Jadual Bayaran STR Fasa 1, 2, 3, dan 4 (2024)
Fasa | Tarikh Bayaran |
---|---|
Fasa 1 | 29 Januari 2024 |
Fasa 2 | 3 April 2024 |
Fasa 3 | 29 Ogos 2024 |
Fasa 4 | November 2024 |
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024
Jika nama pemohon tidak tersenarai dalam pangkalan data STR, pemohon perlu membuat permohonan semakan semula (rayuan) untuk pengesahan kelayakan. Permohonan boleh dilakukan mulai 29 Januari 2024 melalui dua cara:
- Dalam Talian di laman web rasmi STR.
- Pengemukaan Borang ke Pejabat Hasil berdekatan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Kerajaan sebelum ini, di bawah pimpinan Perdana Menteri terdahulu, telah memperkenalkan pelbagai skim bantuan untuk meringankan beban rakyat, seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri yang baharu telah mengumumkan penjenamaan semula semua bantuan ini kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai inisiatif untuk membantu golonganberpendapatan rendah (B40).
Menerusi STR, kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM3,100 kepada penerima yang layak. Fasa 2 telah memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima, dengan jumlah peruntukan hampir RM8 bilion. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup bagi golongan yang memerlukan, terutama di kalangan B40.
Bagi STR Fasa 3, pembayaran dijangka akan dimulakan pada Ogos 2024. Walaubagaimanapun, tarikh sebenar pembayaran masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat.
Program STR ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk terus menyokong golongan B40 dalam menghadapi cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.