Dapatkan Tunai RM150 dari MYKASIH Fasa 4 2024! Semak Sekarang

Berita baik untuk penerima bantuan MyKasih! Penyaluran bantuan melalui MyKad kini memasuki Fasa 4 2024, dan anda berpeluang menerima bantuan sebanyak RM150! 💸

Fasa keempat adalah penyaluran terakhir tahun ini, yang telah bermula sejak awal bulan ini. Bantuan ini disalurkan secara ansuran, dengan jumlah antara RM50 hingga RM150 bergantung kepada kelayakan.

Bagaimana cara untuk semak status bantuan MyKasih dalam MyKad anda? Jangan risau! Ikuti langkah mudah dan semak status anda sekarang.

Tarikh / Kadar & Tempoh MYKASIH

Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima bagi fasa empat (4) :

  • 01/10/2024 sehingga 31/10/2024;
  • 01/11/2024 sehingga 30/11/2024;
  • 01/12/2024 sehingga 31/12/2024.

KADAR PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA 4 2024

Bantuan MyKasih akan disalurkan ke dalam MyKad penerima mengikut kadar berikut :

  • Ketua Isi Rumah : RM100
  • Ahli Isi Rumah : RM50

TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA 4 2024

Walaupun Bantuan MyKasih telah disalurkan ke dalam MyKad penerima sejak 01 Oktober 2024 dan 01 November 2024 bakal dikreditkan juga pada 01 Disember 2024, namun penerima masih boleh menggunakannya sehingga 31 Disember 2024 kerana baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.

Cara Semak Bantuan MYKASIH RM150 FASA 4 2024

Ikuti cara check Bantuan MyKasih Dalam MyKad bagi fasa empat (4) seperti di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, layarkan skrin ke bawah.
  3. Klik pada butang [SEMAK STATUS].
  4. Isikan ruangan [Nombor MyKad*] tanpa tanda sengkang (-) contoh : 870230113456.
  5. Kemudian, klik butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Status penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA hanya boleh didapati di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my mulai 4:00 petang, 19 Januari 2024 dan maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas1. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

PENAFIAN

Kami di sini untuk memudahkan carian anda!

Pihak kami hanya berperanan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai bantuan daripada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri, dengan tujuan membantu pelawat mendapatkan informasi yang tepat dan berguna. Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pelawat dan tidak mengenakan sebarang bayaran berkaitan dengan maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan semata-mata untuk memberi maklumat dan memudahkan anda dalam mencari bantuan yang mungkin anda layak terima. Semua artikel yang diterbitkan adalah berdasarkan sumber rasmi, termasuk daripada portal rasmi seperti:
mykasih.com.my

Kami komited untuk memberikan maklumat yang berguna dan bermanfaat bagi memudahkan urusan anda.

Leave a Comment