Cara Memohon Bantuan Tunai Dalam MyKad RM150 Sebulan 2024: Mohon Sekarang
Kerajaan akan memasukkan bantuan tunai ke dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan. Namun, bantuan ini hanya akan diterima selama 12 bulan untuk tahun ini.
Ingin tahu cara untuk memohon bantuan tunai RM150 sebulan dalam MyKad? Ikuti panduan berikut untuk maklumat lanjut.
Isi Kandungan
- Tarikh Permohonan Bantuan Tunai Dalam MyKad 2024
- Penggunaan Bantuan Tunai Dalam MyKad RM150 Sebulan 2024
- Jumlah Bantuan Tunai Dalam MyKad Sebulan 2024
- Syarat Kelayakan Memohon Bantuan Tunai Dalam MyKad RM150 Sebulan 2024
- Cara Memohon Bantuan Tunai Dalam MyKad RM150 Sebulan 2024
- Rujukan
- Penafian
Tarikh Permohonan Bantuan Tunai Dalam MyKad 2024
Berikut adalah tarikh yang dibuka untuk permohonan Bantuan Tunai Dalam MyKad:
Bil | Tarikh Permohonan Bantuan |
---|---|
1 | 01/11/2023 hingga 30/11/2023 |
2 | 01/12/2023 hingga 29/02/2024 |
3 | 01/03/2024 hingga 30/06/2024 |
4 | 01/07/2024 hingga 30/09/2024 |
Nota: Permohonan haruslah dibuat sebelum tarikh tutup.
Penggunaan Bantuan Tunai Dalam MyKad RM150 Sebulan 2024
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan tunai ini untuk pembelian tanpa tunai di kedai-kedai terpilih dan tidak dibenarkan untuk pengeluaran tunai.
Jumlah Bantuan Tunai Dalam MyKad Sebulan 2024
Bantuan tunai akan dimasukkan ke dalam MyKad sebulan sekali berdasarkan kategori penerima:
Kategori Bujang:
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun: RM50 sebulan
- Bujang Umur 60 tahun ke atas: RM100 sebulan
Kategori Isi Rumah:
- Isi Rumah Berpasangan: RM100 sebulan
- Isi Rumah Tunggal: RM100 sebulan
Syarat Kelayakan Memohon Bantuan Tunai Dalam MyKad RM150 Sebulan 2024
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat berikut:
Isi Rumah:
- Berpasangan (dengan atau tanpa anak) atau
- Ibu Bapa Tunggal dengan anak; dan
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK.
Warga Emas:
- Bujang, Ibu Bapa Tunggal, Balu, Janda, atau Duda tanpa tanggungan; dan
- Berumur 60 tahun ke atas; serta
- Pendapatan individu bawah garis PGK.
Bujang:
- Bujang, Balu, Janda, atau Duda tanpa anak; berumur 21 hingga 59 tahun, atau
- Orang Kurang Upaya berumur 19 tahun ke atas; dan
- Pendapatan individu bawah garis PGK.
Syarat tambahan: Mesti lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.
Cara Memohon Bantuan Tunai Dalam MyKad RM150 Sebulan 2024
Ikuti langkah-langkah ini untuk membuat permohonan:
- Layari portal rasmi permohonan di sini.
- Klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon.
- Klik [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi.
- Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik [Sahkan Captcha].
- Semak maklumat yang dipaparkan dan tick butang yang sesuai.
- Klik [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Setelah berjaya, akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
Nota: Pemohon juga perlu berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin.
Rujukan
Segala maklumat di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk pertanyaan atau masalah, sila hubungi pihak berwajib di talian: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
Penafian
Kami hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri. Kami tidak meminta maklumat peribadi atau mengenakan bayaran. Tujuan artikel ini adalah untuk memudahkan pembaca mendapatkan info terkini tentang bantuan yang tersedia.