Belanjawan 2025 : Intipati & Senarai Penuh Bantuan Diberikan

Belanjawan 2025 : Intipati & Senarai Penuh Bantuan Diberikan

“Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” adalah merupakan tema untuk Belanjawan 2025 yang akan diadakan pada hari ini. Pembentangan bakal dilaksanakan di bangunan Parlimen Malaysia. Diharapkan dengan adanya belanjawan ini ianya mampu menjadi titik perubahan dalam memacu pembangunan yang diinginkan oleh pihak kerajaan.

Belanjawan 2025

Tema MADANI & Belanjawan 2025: Panduan Menuju Kesejahteraan

Tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” menunjukkan sebuah cerminan daripada pihak kerajaan untuk memacu dan mamjukan sesebuah negara yang berdaya saing, sejahtera dan adil. “MADANI” merujuk kepada enam nilai teras:

  • Membangun: Fokus kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara secara terus-menerus.
  • Amanah: Fokus untuk membangunkan negara secara amanah dan integriti.
  • Daya tahan: Untuk mendepani cabaran global, kerajaan ingin memberikan yang terbaik agar mampu berdaya saing dan bertahan dari sebelumnya.
  • Adil: Memberi tumpuan untuk membangunkan negara yang adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
  • Nihlah: Membangunkan negara yang berintegriti dan bebas rasuah.
  • Ihsan: Tumpuan untuk membangunkan negara yang penuh kasih sayang dan ihsan.

Belanjawan 2025

Untuk membangun dan memacu negara yang lebih maju, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memilih tema kali ini agar dapat membantu ekonomi negara.

Jangkaan Intipati Belanjawan 2025: Fokus pada Pertumbuhan dan Kesejahteraan

Kerajaan ingin mencapai beberapa matlamat utama melalui belanjawan yang dibentangkan kali ini.

1. Peningkatan Perbelanjaan

  • Belanjawan 2025 dijangka melebihi RM400 bilion buat pertama kalinya, menandakan komitmen kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh.
  • Fokus utama perbelanjaan ini dijangka tertumpu pada sektor-sektor strategik seperti infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan teknologi.

2. Pemotongan Subsidi

  • Kerajaan dijangka meneruskan pemotongan subsidi, termasuk subsidi petrol, untuk mengurangkan beban fiskal dan menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap.
  • Namun, cara perlindungan tersebut akan diperkenalkan untuk memberi kepastian bahawa rakyat yang mempunyai pendapatan rendah tidak akan terbeban dengan kenaikan harga barang lagi.

3. Cukai Baharu

  • Cukai baharu dijangka diperkenalkan untuk memperluaskan asas cukai dan meningkatkan hasil kerajaan, mungkin tertumpu pada sektor yang belum sepenuhnya dikenakan cukai, seperti ekonomi digital dan sektor-sektor yang menghasilkan emisi karbon tinggi.

4. Peningkatan Gaji

  • Pengunguman kadar peningkatan gaji dijangka bakal diumumkan untuk mebantu menaikkan taraf hidup rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi, serta dapat memberi faedah dan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk pekerja sektor awam dan swasta.

5. Fokus pada Ekonomi Lestari

  • Belanjawan 2025 dijangka memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang lestari, termasuk usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

6. Program Sosial

  • Pihak kerajaan turut dijangka akan mengadakan program-program sosial baharu yang lebih baik bagi tujuan membantu golongan miskin dan memerlukan, dengan fokus pada pendidikan, kesihatan, dan peluang pekerjaan.

Kesimpulan

Dengan membawakan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, ramai berharap agar ianya dapat membantu meransang lagi pertumbuhan ekonomi serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat terutamanya.

Leave a Comment