Bantuan STR 2025 : Semak Kategori Penerima , Tarikh & Jumlah Terkini

Pengenalan BANTUAN STR 2025

BANTUAN STR 2025 adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan. Program ini dirancang untuk membantu meringankan beban kewangan isi rumah dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin meningkat.

Melalui BANTUAN STR 2025, bantuan akan disalurkan kepada individu dan keluarga yang layak, termasuk golongan berpendapatan rendah dan mereka yang terjejas akibat situasi ekonomi. Program ini juga bertujuan untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam pembangunan negara, sekaligus memperkukuh jaringan sosial dan ekonomi di seluruh negara.

Dengan pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan, diharapkan BANTUAN STR 2025 dapat memberi impak positif kepada kehidupan rakyat, membantu mereka memenuhi keperluan asas, dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Dengan peruntukan yang dinaikkan, jumlah bantuan yang akan diterima oleh lebih 9 juta rakyat Malaysia akan ditingkatkan. Berikut adalah kadar bantuan mengikut kategori penerima bagi tahun 2025 :

TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025 akan dilakukan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa yang telah ditentukan sepanjang tahun 2025 :

Nota: Tarikh bayaran tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa dan akan dikemas kini apabila diumumkan secara rasmi.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Kaedah pembayaran bantuan tahun 2025 adalah sama seperti tahun 2024 iaitu melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara tunai di bank yang bekenaan bagi memudahan urusan penerima .

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025

Kelayakan utama adalah penerima mestilah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Isi Rumah:

  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah di bawah RM 2,500 atau tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia.
  • Anak mestilah Warganegara Malaysia dan berumur di bawah 18 tahun atau sehingga 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

Warga Emas:

Berumur 60 tahun dan ke atas.
Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan di bawah RM 2,500 atau tidak melebihi RM 5,000 sebulan.

Bujang:

  • Bujang, Balu, Duda, atau Janda tanpa anak.
  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2,500 dan ke bawah.
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN BANTUAN STR 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (contoh: 83XXXXXXXXXX).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Jika frasa keselamatan betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR 2025

Bagi yang belum memohon, permohonan boleh dibuat di portal rasmi mengikut panduan berikut:

  1. Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul.
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik [Semak].
  5. Isikan segala maklumat yang diperlukan termasuk maklumat bank.
  6. Lengkapkan maklumat pasangan dan anak (jika berkenaan).
  7. Klik [Teruskan].
  8. Isi Kod Captcha dan klik [Sahkan Captcha].
  9. Pastikan semua maklumat tepat, tick pada ruangan [Perakuan Pemohon].
  10. Klik [Hantar].
  11. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.

Nota : Permohonan haruslah mengikut tarikh yang ditetapkan.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel: str@mof.gov.my

PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang telah di warwarkan dan akan disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri. Pekongsian ini adalah  bertujuan untuk memudahkan carian tentang kemudahan dan bantuan yang bakal diberikan kepada rakyat .

Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau mengenakan bayaran melalui informasi yang dikongsikan ini. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf.

Leave a Comment