Bantuan RM700 Automatik – Skim Perlindungan Masyarakat mySalam
Kerajaan Malaysia telah melanjutkan pelaksanaan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam, sebuah inisiatif yang direka khusus untuk golongan B40. Skim ini telah bermula pada tahun 2019 dan kini dilanjutkan sehingga tahun 2025.
Sertai Kumpulan WhatsApp (Untuk B40 SAHAJA)
Melalui mySalam, terdapat dua manfaat utama yang ditawarkan:
- Bantuan RM700 Automatik (Manfaat Hospitalisasi)
Penerima mySalam yang dimasukkan ke hospital kerajaan, hospital universiti, atau hospital angkatan tentera berhak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari, atau maksimum RM700 setahun. - Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan, mereka layak untuk menerima manfaat sekali seumur hidup bernilai RM8,000.
Syarat Kelayakan
Kelayakan untuk menyertai mySalam bergantung kepada penerimaan Skim Bantuan Tunai Rakyat seperti BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR yang diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap tahun. Penerima yang memenuhi kriteria umur secara automatik layak untuk menyertai skim ini:
- Kategori Berkahwin: Individu berumur 18 hingga 65 tahun bersama pasangan.
- Kategori Bujang: Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU: Individu berumur 18 hingga 65 tahun.
Cara Menuntut mySalam
Tuntutan Hospitalisasi:
- Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
- Klik pada ikon Tuntutan, pilih Penghantaran Tuntutan, dan pilih Tuntutan Hospitalisasi.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen berkaitan.
- Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses tuntutan.
Tuntutan Penyakit Kritikal:
- Layari portal rasmi mySalam dan log masuk.
- Muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
- Dapatkan doktor untuk melengkapkan borang tersebut.
- Log masuk semula ke portal dan pilih ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen.
- Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses tuntutan.
Penafian
Portal Malaysia tidak berafiliasi dengan mana-mana agensi kerajaan dan hanya berkongsi maklumat bagi memudahkan pembaca mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Terima kasih.
Semak Syarat Kelayakan: mysalam.com.my
Kelayakan adalah berdasarkan Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang memenuhi kriteria umur layak secara automatik menjadi ahli mySalam.
Tuntutan dan Semakan Status mySalam
Bagi mereka yang layak, tuntutan boleh dibuat selagi skim bantuan ini beroperasi. Untuk panduan lengkap, sila rujuk sumber rasmi mySalam.
Info Lanjut Mengenai Bantuan mySalam
Penerima yang layak akan menerima notifikasi melalui SMS. Jika layak tetapi tidak menerima SMS, sila hubungi melalui e-mel di info@mysalam.com.my atau melalui talian mySalam di 1 300 88 8938, yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu untuk bantuan lanjut.
Semakan Bantuan Kewangan RM700
Golongan B40 layak untuk menuntut bantuan kewangan sebanyak RM700 melalui program mySalam yang diperkenalkan oleh kerajaan. Program ini adalah salah satu inisiatif bantuan yang diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.