Bantuan MySara dalam mykad RM1800 terbaru 2024 kini dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima, membolehkan penggunaannya untuk membeli barangan keperluan. Walau bagaimanapun, dana ini tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai. Untuk maklumat lanjut tentang cara menyemak status bantuan MySara, teruskan membaca.
Kami kongsikan senarai cara semak bantuan MYSARA.
Baca juga artikel ini: Bayaran STR Fasa 3 Rayuan
Bantuan Mysara Dalam Mykad RM1800 Terbaru 2024
Bantuan MySara merupakan inisiatif bantuan tanpa tunai terbaru dari Kerajaan Madani, dengan peruntukan sebanyak RM700 juta. Dana ini diperoleh melalui penjimatan subsidi yang disalurkan kepada golongan yang paling terkesan oleh kos sara hidup yang meningkat.
Cara Menggunakan Bantuan MySara Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Setelah disahkan layak, bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad secara automatik. Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya terdekat.
- Pilih barangan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang di kaunter bayaran.
- Juruwang akan mengimbas barangan.
- Masukkan 6-digit PIN MyKad untuk pengesahan.
- Pembayaran akan disahkan.
Lokasi Penggunaan Bantuan MySara Dalam MyKad Terbaru 2024
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan ini di lebih 600 rakan runcit di seluruh negara, termasuk Mydin, Giant, Econsave, dan banyak lagi pasaraya serta pasar mini.
Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan MySara Dalam MyKad Terbaru 2024
Antara barangan yang boleh dibeli termasuk:
- Beras: Jasmine, Bernas, Faiza.
- Roti: Gardenia, Massimo.
- Telur: Nutriplus, QL eggs.
- Minyak Masak: Saji, Alif.
- Biskut: Julies, Chipsmore.
- Minuman: Milo, Nescafe.
- Bahan Perasa: Maggi, Faiza.
- Produk Kebersihan: Dettol, Kotex.
- Ubat-Ubatan: Panadol, Prospan.
Had Penggunaan Bantuan MySara Dalam MyKad Terbaru 2024
Had penggunaan Bantuan MySara mengikut kategori penerima adalah seperti berikut:
- Isi Rumah: RM1,200.
- Warga Emas: RM1,200.
- Bujang: RM600. *Nota: Bantuan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024.
Semak Status Bantuan MySara Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Ikuti langkah-langkah ini untuk menyemak status bantuan:
- Layari laman rasmi MySara.
- Klik pada butang [CHECK STATUS].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-).
- Masukkan kod Captcha yang ditunjukkan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
Rujukan
Maklumat di atas dirujuk daripada Portal Rasmi MySara. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email: info@mykasih.com