Borang Permohonan Bantuan Kanak-kanak Sehingga RM1000 Sebulan

Borang Permohonan Bantuan Kanak-kanak Sehingga RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak-kanak JKM Online tahun 2024 kini dibuka permohonan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 11 jenis bantuan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya kumpulan sasar KPWKM, dengan fokus pada Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM).

BKK JKM bertujuan membantu keluarga atau penjaga anak, memastikan kestabilan hidup tanpa mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, serta memelihara institusi keluarga dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Kadar Bantuan

Untuk tahun 2024, kadar bantuan kanak-kanak adalah seperti berikut :

  • 6 tahun ke bawah : RM200
  • 7 tahun hingga 18 tahun : RM150
  • Kadar maksimum bantuan : RM1000/ sebulan 1 keluarga

Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri.

Sila lengkapkan borang-borang permohonan berikut :

Anda diminta bawa sekali dokumen sokongan seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ bapa/ ibu/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak-anak/ keluarga yang tinggal sekali
  • Salinan penyata gaji
  • Lain-lain dokumen sokongan

Untuk info lebih terperinci, anda boleh lihat cara mohon di sini : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html

Borang bantuan kanak kanak 2024

Syarat Permohonan

Sebelum anda ingin memohon bantuan kerajaan dan JKM ini, sila semak syarat-syarat dan kriteria permohonan dahulu.

Syarat Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak umur 18 tahun ke bawah
  3. Keluarga atau penjaga berpendapatan isi rumah tak lebih dari PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

Bantuan JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Malaysia mewujudkan bantuan kanak-kanak dengan tujuan utama meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan mereka. Program ini bertumpu pada mengurangkan kemiskinan, kesenjangan sosial, dan memberikan akses setara kepada pendidikan.

Bantuan juga diberikan untuk perlindungan dan pengasuhan kanak-kanak yang terpinggir atau mangsa keganasan. Selain itu, JKM menekankan sokongan kebajikan sosial, pemberdayaan keluarga, dan pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak.

Bantuan khusus juga disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Dengan pelaksanaan program ini, JKM berhasrat meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dan memberikan sokongan holistik untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Info & FAQ

Sila pergi ke website rasmi JKM di sini untuk lihat FAQ dan maklumat lanjut.

Anda juga boleh mohon bantuan Semakan STR Fasa 2 di sini.

 

Zulaikha Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *