Sate ayam adalah hidangan yang sangat popular di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
Ia terdiri daripada potongan daging ayam yang ditusuk pada lidi, diperap dengan pelbagai rempah dan bahan perasa, lalu dipanggang sehingga masak.
Kelezatan sate ayam terletak pada gabungan rasa manis dan savoury yang dihasilkan daripada perapan dan proses memasaknya.
Hidangan ini sering dihidangkan dengan kuah kacang yang kaya, bersama dengan irisan timun, bawang merah, dan ketupat atau nasi impit. Selain menjadi pilihan utama di gerai makanan dan restoran, sate ayam juga merupakan hidangan popular untuk majlis dan perayaan, menjadikannya simbol perpaduan.
Kepelbagaian cara penyediaan dan rempah yang digunakan menjadikan sate ayam unik dari satu daerah ke daerah lain, menjadikannya pilihan yang disukai oleh ramai. Dengan aroma yang menggugah selera dan tekstur yang lembut, sate ayam bukan sahaja memikat lidah tetapi juga membawa kehangatan dalam setiap sajian.
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam – ambil isinya sahaja
1 sudu makan ketumbar – sangai (kisar halus)
2 sudu makan jintan manis – sangai (kisar halus)
1 sudu makan jintan putih – sangai (kisar halus)
1 inci halia (kisar halus)
1 inci kunyit (kisar halus)
3 biji bawang Holland (kisar halus)
1 labu bawang putih (kisar halus)
6 batang serai (kisar halus)
5 keping gula kabung – cairkan dengan segelas air
Gula dan garam secukupnya
Lidi satay secukupnya untuk mencucuk
CARA MEMASAK
1.Potong isi ayam berbentuk kiub. Kemudian basuh dan toskan airnya hingga kering.
2. Sementara itu sangaikan ketumbar, jintan manis dan jintan putih dan kemudian kisar halus semua bahan lain.
3. Setelah itu masukkan ayam tadi dan semua bahan kisar kedalam bekas yang sesuai dan campurkan.
4. Kemudian masukkan garam, gula dan air gula kabung. 5. Gaul rata semua bahan sehingga sebati dan perapkan semalam atau minima 3 jam. Dah siap untuk dibakar setelah dicucuk dengan lidi sate.
RESIPI KUAH SATE
BAHAN-BAHAN
1/2kg kacang tanah (goreng & kisar kering hingga halus)
2 biji santan kelapa
Serai (diketuk)
6 keping gula kabung
Garam dan gula putih biasa secukupnya.
BAHAN YANG DIKISAR HALUS:
Bawang holland
Cili kering
Lengkuas
Jintan manis
Jintan putih
CARA MEMASAK KUAH SATE
1.Tumis kesemua bahan yang dikisar tadi kecuali kacang tanah dan serai hingga garing dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kisaran kacang tanah. Biarkan mendidih sekejap.
3. Bila nampak sempurna, masukkan bahan-bahan lain dan ubah suai rasa ikut selera masing-masing.
4. Bila kuah kacang sudah pecah minyak, angkat dan hidangkan bersama sate.
CARA SEDIAKAN NASI IMPIT DENGAN PRESSURE COOKER
- Basuh 1 cawan beras dan masukkan 3 cawan air bersama secubit garam dan helai daun pandan.
- Masak seperti biasa dalam pressure cooker selama 15 minit.
- Bila dah masak , gaulkandan keluarkan nasi lalu masukkan kedalam loyang
- Tekan2 nasi sehingga padat dan biarkan sejuk sebelum dipotong2.
- Jika tidak mahu susah , biarkan nasi impit sehingga sejuk dan boleh dimakan bersama satay dan kuah kacang.
NOTA
- Resepi ini juga boleh digunakan untuk membuat sate lain seperti sate daging lembu , kambing dan sebagainya.
- Gunakan beberapa batang serai, ikat dan celup dalam campuran minyak untuk disapu pada sate ketika membakar satay. Ia adalah salah satu rahsia sate yang dibakar tetap juicy.
- Pastikan satay dijaga dengan baik supaya hasilnya cantik, tidak hangit dan hitam.
- Cara Sediakan Tusuk Sate:
- Ambil tusuk sate dan celupkan dalam air untuk mengelakkan ia terbakar semasa memanggang.
- Ambil potongan ayam yang telah diperap dan tusukkan pada tusuk sate, pastikan tidak terlalu rapat.
- Cara Bakar Satay
- Panaskan grill atau pemanggang. Sapukan sedikit minyak pada permukaan grill.
- Panggang sate selama 5-7 minit di setiap sisi, atau sehingga ayam masak sepenuhnya dan berwarna keemasan.