Resepi Laksa Johor Yang Memikat Rasa

Laksa Johor memang satu hidangan yang cukup istimewa dan unik, bukan sahaja kerana rasanya yang padu, tetapi juga kerana cara penyajiannya yang berbeza.

Apa yang menjadikan Laksa Johor ini begitu menarik adalah penggunaan spaghetti sebagai pengganti mi tradisional, memberikan sentuhan yang tersendiri kepada hidangan ini. Namun, yang lebih menarik perhatian adalah cara orang Johor sejati menikmatinya. Benarkah mereka lebih suka menggunakan tangan untuk merasai keunikan laksa ini?

Ada yang mengatakan, apabila kita gaulkan laksa ini dengan sambal belacan yang pekat dan padu, serta kuah yang kaya dengan rempah ratus, pengalaman makan menggunakan tangan akan memberi kepuasan yang sukar digambarkan. Mungkin ada kebenaranny yang kononnya, lebih sedap dan puas apabila setiap suapan dirasa dengan penuh kesedaran.

Ish, rasa teruja untuk mencuba sendiri! Hanya dengan mencuba, kita dapat mengetahui sejauh mana padu dan enaknya Laksa Johor ini jika dinikmati menggunakan tangan. Untungnya, saya telah mencuba resepi Laksa Johor ini dan berkongsi dengan anda semua.

Resepinya nampak sangat mudah dan pasti menggugah selera. Jadi, apa tunggu lagi? Mari kita bersama-sama mencuba resepi ini dan merasai keunikan Laksa Johor yang sebenar!

BAHAN-BAHAN

Spaghetti (1 Paket)

1kg ikan selayang / kembung

1 paket kecil rempah kari ikan

1 kotak santan

1 paket kecil kerisik

daun kesum

bunga kantan

Garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan untuk kisar dan tumis :

15 biji cili kering

3 batang serai

2 inci halia

2 inci lengkuas

4 ulas bawang putih

2 biji bawang besar

Ulam Ulaman :

Timun ( dihiris halus )

Taugeh ( xperlu dihiris)

Daun kesum ( dihiris halus )

Kacang panjang ( dihiris halus )

Limau nipis ( potong 4 )

CARA PENYEDIAAN

1. Ikan disiang dan dibersihkan lalu kukus atau rebus ikan bersama asam keping dan juga sedikit garam .

2. Asingkan isi ikan dan air rebusan ikan tadi tu disimpan terlebih dahalu untuk dicampur semasa memasak kuah nanti.

3. Kisar ikan yang telah dibuang tulangnya dengan air sedikit air rebusan ikan tadi..kemudian, ketepikan.

4. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang sudah dikisar halus.

5. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga kering dan  pecah minyak.

6. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ..kacau rata dan akhir sekali , masukkan air rebusan ikan yang selebihnya dan sekotak santan pekat.

7. Apabila kuah sudah mendidih secukupnya , masukkan kerisik , garam, perasa dan sedikit daun kesum.

Bahan-bahan untuk sambal belacan:

    • 6-8 biji cili merah
    • 10-15 biji cili padi
    • 2 ulas bawang putih
    • belacan bakar, sebesar ibu jari
    • air perahan jus limau kasturi
    • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Sambal Belacan

  • Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
  • Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

NOTA 

  1. Bahan-Bahan Segar: Pastikan semua bahan yang digunakan, seperti ikan dan rempah, adalah segar. Kualiti bahan sangat mempengaruhi rasa hidangan.
  2. Penggunaan Spaghetti: Jika menggunakan spaghetti, masak dengan tepat—tidak terlalu lembut atau keras. Ikuti arahan pada bungkusan untuk mendapatkan tekstur yang ideal.
  3. Kuah Laksa: Pastikan kuah laksa dimasak dengan api perlahan dan dikacau selalu. Ini membantu mengeluarkan semua rasa dari bahan-bahan.
  4. Sambal Belacan: Sesuaikan tahap kepedasan sambal belacan mengikut citarasa. Anda boleh menambah lebih banyak cili jika mahukan rasa yang lebih pedas.
  5. Penyajian: Hidangkan laksa dalam mangkuk yang besar dan sediakan sambal belacan serta bahan pelengkap seperti hirisan ulam ulaman.
  6. Makan Menggunakan Tangan: Jika ingin mencuba makan menggunakan tangan, pastikan tangan dicuci bersih terlebih dahulu. Pengalaman ini akan memberikan kepuasan tersendiri!
  7. Penyimpanan: Jika ada lebihan kuah, simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Kuah laksa biasanya akan bertambah sedap apabila dipanaskan semula.
  8. Kreativiti: Jangan takut untuk bereksperimen dengan bahan-bahan pelengkap. Anda boleh menambah tauhu atau sayur-sayuran lain untuk variasi.

Leave a Comment