Terkini: Permohonan Bantuan RM800 2024 telah dibuka: Semak Cara memohon Bermula Harini

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2024 untuk membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini disalurkan melalui pelbagai kementerian dan jabatan di peringkat persekutuan atau negeri, mengikut tanggungjawab serta kumpulan sasaran masing-masing.

Ini termasuk bantuan yang diperkenalkan sempena musim tertentu. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan tunai yang disediakan:

Bantuan RM800 di bawah BMT

Bantuan RM800 ini adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang disediakan oleh kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Bantuan ini diberikan secara berperingkat dengan tujuan membantu pekebun kecil dan penoreh getah ketika musim tengkujuh, yang sering membawa hujan lebat dan menjejaskan aktiviti pertanian, terutamanya penorehan getah.

Syarat-Syarat Kelayakan

Bantuan Musim Tengkujuh ini diberikan kepada pekebun kecil yang mengusahakan atau penoreh yang tidak memiliki lot bertanam getah dengan keluasan tanah tidak melebihi 2.5 hektar. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan khusus:

Pekebun Kecil Getah

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan RISDA.
  • Memiliki tanah dengan keluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Pemilik tanah yang sah.
  • Hanya seorang penerima bantuan untuk setiap lot tanah.
  • Layak menerima bantuan sekali sahaja.

Penoreh Getah

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di tanah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Mempunyai pengesahan daripada pemilik tanah atau wakil yang sah.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang sah.
  • Hanya seorang penerima bantuan untuk setiap lot tanah.
  • Layak menerima bantuan sekali sahaja.

Cara Memohon
Permohonan BMT telah dibuka mulai 1 Jun hingga 30 September 2024. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian di portal RISDA atau secara manual di pejabat RISDA terdekat.

Bagi mereka yang memenuhi syarat dan permohonannya diluluskan, bantuan ini akan dibayar secara berfasa selama 4 bulan dengan kadar RM200 setiap fasa, menjadikan jumlah keseluruhan RM800.

Selain itu, RISDA turut memperkenalkan Program Tanam Semula Getah (TSG). Program ini bertujuan menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi produktif dengan pokok getah klon baharu berpenghasilan tinggi. Bantuan diberikan secara lima ansuran dengan kadar RM13,710 per hektar di Semenanjung Malaysia, RM14,955 per hektar di Sabah, dan RM14,805 per hektar di Sarawak.

Syarat-Syarat Kelayakan Program TSG

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki tanah sah dengan keluasan minimum 0.1 hektar dan maksimum 40 hektar.
  • Pemilik tanpa milikan sah perlu mendapatkan pengesahan daripada agensi pelaksana atau pihak berkuasa tempatan.
  • Menyelesaikan bayaran ansuran sebelumnya.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 85% pokok hidup subur.

Permohonan boleh dikemukakan di pejabat RISDA terdekat.

Bantuan RM800 tahun 2024 akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, bantuan kewangan RM800 secara one-off atau Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil dan penoreh getah yang layak semasa musim tengkujuh.

Bagaimana cara untuk memohon bantuan kewangan RM800 one-off ini? Berikut adalah maklumat yang boleh dikongsikan.

Bantuan RM800 Tahun 2024
Semua penyaluran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan dibayar melalui pemindahan dana elektronik terus ke akaun penerima yang layak oleh pihak RISDA.

Leave a Comment