Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 – KPM

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka untuk kembali ke sekolah setiap tahun.

Program ini bertujuan memberi sokongan kewangan awal kepada keluarga yang memerlukan, khususnya bagi memastikan pelajar dapat membeli kelengkapan sekolah seperti buku, alat tulis, pakaian sekolah, dan sebagainya.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025

Objektif Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan ini diperkenalkan untuk membantu keluarga yang kurang mampu dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka.

Melalui bantuan BAP ini, ibu bapa atau penjaga pelajar di seluruh negara boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli pelbagai kelengkapan sekolah yang diperlukan, seterusnya memastikan bahawa anak-anak mereka memulakan sesi persekolahan dengan lebih baik dan persediaan yang mencukupi.

Kelayakan Penerima Bantuan BAP

Bantuan Awal Persekolahan ini biasanya diberikan kepada murid-murid di sekolah rendah dan menengah, termasuk pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan, sekolah bantuan penuh kerajaan, dan sekolah agama bantuan penuh kerajaan.

Sebagai syarat kelayakan, bantuan ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah atau golongan B40 (pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah).

Ini bermakna, ibu bapa yang berpendapatan rendah akan menjadi penerima utama bantuan ini.

Selain itu, murid yang berstatus anak yatim atau daripada keluarga yang terjejas oleh bencana alam juga turut menerima manfaat daripada BAP ini.

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Kadar Bantuan dan Cara Pembayaran

Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM150 bagi setiap pelajar. Pembayaran biasanya dilakukan dalam bentuk wang tunai atau melalui kredit ke dalam akaun bank ibu bapa atau penjaga pelajar.

Pembayaran ini dilakukan sebelum sesi persekolahan bermula pada awal tahun, biasanya sekitar bulan Januari, bagi memastikan ibu bapa dapat membeli kelengkapan sekolah dengan segera.

Bantuan Awal Persekolahan

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    • Tunai; atau
    • Disalurkan terus ke akaun bank murid

bantuan awal persekolahan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2025, anda boleh rujuk pada pautan berikut:

 

Leave a Comment