PERMOHONAN & SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA 2025

Untuk makluman anda, masih ramai yang keliru antara Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Dua bantuan ini merupakan bantuan yang sama dimana SARA ini merupakan bantuan dibawah program MyKasih Foundation.

MyKasih Foundation telah bekerjasama dengan kerajaan dalam menyalurkan bantuan SARA untuk membantu individu atau keluarga yang memerlukan sokongan kewangan dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup, terutama dalam membeli barangan keperluan asas harian.

APA ITU BANTUAN MYSARA 2025

Bantuan SARA atau MyKasih adalah inisiatif yang direka untuk membantu keluarga dan individu dalam memenuhi keperluan asas mereka serta meningkatkan kesejahteraan hidup. Dengan sistem tanpa tunai (cashless) melalui penggunaan MyKad, penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barang penting lain dengan mudah di kedai-kedai berdaftar.

Program ini memberi kemudahan kepada penerima Bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih, dengan bantuan disalurkan secara automatik. Jangan lepaskan peluang untuk memohon Bantuan STR dan pastikan anda berdaftar dengan eKasih untuk menikmati manfaat bantuan ini!

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR MYSARA 2025

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus  Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

PENDAFTARAN BANTUAN MYSARA 2025

Join Group Wasap (Untuk B40 SAHAJA)

Bantuan MyKasih perlulah terdiri daripada kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan berdaftar eKasih.

Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Panduan lengkap Pendaftaran dan Semakan eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

KADAR BANTUAN MYSARA

Bantuan MyKasih/SARA akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan. Jumlah bantuan yang diberikan untuk 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:

TARIKH BAYARAN MYSARA

Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.

KAEDAH BAYARAN

Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima yang berdaftar eKasih/MySTR. Penerima boleh membuat pembayaran SARA MyKasih di dalam premis yang terpilih dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.

CARA SEMAKAN MYSARA 2025 ONLINE

Panduan lengkap semakan status permohonan dan bayaran boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Status/Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

NOTA

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai perkara ini, jangan ragu untuk menghubungi pihak yang berwajib di bawah. Kami hanya berkongsi maklumat ini bagi memudahkan pencarian anda. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih demi kepentingan anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan maklumat ini.

Leave a Comment