Jawatan Kosong Tekun Nasional : Kelayakan Minima SPM ~ Gaji RM1500.00

Peluang Berkerja di Tekun Nasional.

Dapatkan peluang kerjaya yang hebat! Kami ingin mengumumkan kekosongan jawatan menarik di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan.Ini adalah salah satu jawatan kosong yang ditawarkan pada bulan ini dan semua yang berminat boleh segera memohon sebelum tarikh tutup.M

MAKLUMAT JAWATAN & TARIKH TUTUP

  • Nama Majikan: TEKUN Nasional
  • Lokasi Kekosongan: Perak
  • Tarikh Tutup: 24 November 2024

MAKLUMAT JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • Pembantu Pegawai Cawangan Tapah, Perak

KELAYAKAN

Warganegara Malaysia.
Umur di antara 22-45 tahun (Kecuali Bekas Tentera/Polis).
Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya. Mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus Matemaik. Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian / lulus dalam Bahasa Inggeris.
Mempunyai lesen memandu ( B2 / D ) yang sah.
Mempunyai kenderaan sendiri (motosikal).

PENGALAMAN/KEMAHIRAN
Mempunyai pengetahuan asas komputer seperti aplikasi Star Office/ Microsoft Word dan Excel. Calon mungkin dikehendaki menduduki ujian asas penggunaan komputer.
Mempunyai pengetahuan asas mengenai perniagaan.
Mempunyai pengetahuan asas perakaunan.
Mahir dengan kawasan operasi (Pasir Puteh)

KRITERIA LAIN YANG DIPERLUKAN
Mempunyai sifat amanah dan jujur
Bertugas sepenuh masa (waktu pejabat 8.30 pagi hingga 5.30 petang) dengan TEKUN Nasional dan tidak melibatkan diri dalam kerja-kerja lain.
Sanggup bekerja dengan rajin dan menunjukkan komitmen yang tinggi.

SKOP KERJA

-Hampir 80% tugasan di lapangan (luar pejabat)

Memproses Permohonan Pinjaman
• Menilai prestasi perniagaan pemohon, menemuduga, mengira aliran tunai perniagaan / pemohon.
• Membuat laporan / ulasan dan komen mengenai prestasi & daya maju perniagaan dan memperakukan permohonan.

Kutipan Bayaran Balik Pinjaman
• Membuat kutipan bayaran balik pinjaman TEKUN Nasional
( seorang Pembantu Pegawai menjaga di antara 200 hingga 250peminjam ).
• Mengkreditkan wang kutipan ke akaun TEKUN Nasional setiap hari atau keesokan hari bekerja ( bagi kutipan selepas waktu pejabat ).
• Mengambil tindakan susulan terhadap peminjam yang mempunyai bayaran balik tertunggak.

Kerja-kerja Pejabat
• Mengemaskini lejer peminjam setiap hari / minggu.
• Menyediakan laporan kutipan harian / mingguan, senarai kutipan, laporan prestasi dan lain-lain laporan untuk disemak oleh Pengurus Cawangan.
• Mengeluarkan surat peringatan/amaran kepada peminjam yang mempunyai bayaran tertunggak.

Lain-lain
• Mengurus majlis penyampaian cek
• Promosi / penerangan mengenai program TEKUN Nasional
• Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semas

CARA MOHON

Berikut adalah kaedah untuk memohon jawatan kosong ini.Klik link JAWATAN KOSONG INI

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum membuat permohonan . Hanya calon yang terpilih dan di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat .

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh pihak majikan yang berkenaan.

PENGENALAN MAJIKAN 

Pengenalan Tentang TEKUN Nasional

TEKUN Nasional (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang ditubuhkan untuk memberi pembiayaan dan sokongan kepada usahawan mikro dan kecil di Malaysia. Objektif utama TEKUN Nasional adalah untuk membantu golongan usahawan Bumiputera, terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, bagi memperkukuhkan perniagaan mereka melalui penyediaan pinjaman mikro yang mudah, berpatutan, dan fleksibel.

Sejak penubuhannya pada tahun 1998, TEKUN Nasional telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemampuan dan daya saing usahawan kecil di Malaysia. Agensi ini menyediakan pelbagai produk pembiayaan yang direka khas untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka, sama ada dalam bentuk modal kerja, pembelian aset, atau modal pusingan. Pembiayaan yang diberikan oleh TEKUN Nasional bertujuan untuk memudahkan usahawan mengembangkan perniagaan mereka dengan syarat yang mudah dan faedah yang rendah.

Selain daripada pembiayaan, TEKUN Nasional juga menawarkan pelbagai program sokongan lain seperti latihan, bimbingan, dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan, pengurusan kewangan, serta pemasaran untuk membantu meningkatkan keberkesanan dan kelestarian perniagaan usahawan.

TEKUN Nasional berusaha untuk memperkasa usahawan dalam kalangan masyarakat Bumiputera agar mereka dapat memperbaiki taraf hidup mereka melalui penglibatan dalam aktiviti perniagaan yang memberi manfaat kepada ekonomi negara. Dengan pelbagai produk dan program yang ditawarkan, TEKUN Nasional terus berperanan sebagai agen perubahan dalam memajukan ekonomi usahawan mikro dan kecil di Malaysia.

Leave a Comment