[RASMI] STR Fasa 4 akan dikreditkan bermula 7 November

Tahniah, Anda berhak menerima bantuan STR Fasa 4 ! Baca artikel ini hingga habis untuk mengetahui cara memohon dan semak status permohonan anda dengan panduan mudah ini. Bantuan kewangan kerajaan yang akan dikreditkan bermula 7 November ini berpeluang memperbaiki kewangan anda, jadi jangan lepaskan peluang ini.

STR Fasa 4 akan dikreditkan bermula 7 November

Tarikh Bayaran

Kerajaan MADANI sentiasa mendengar keluhan rakyat. Oleh itu, program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah ditambah baik pada tahun ini sebagai usaha membantu rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Program penunaian STR kini diperluaskan ke kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia untuk memperkukuhkan penyampaian awam, dengan tumpuan khusus kepada masyarakat Orang Asli. Melalui Belanjawan 2024, peruntukan STR telah ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, memanfaatkan seramai 9 juta penerima.

Kadar maksimum STR juga telah ditingkatkan kepada RM3,700 tahun ini berbanding RM3,100 tahun lalu. Ini bagi memastikan lebih banyak rakyat menerima bantuan yang lebih berkesan.

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga, dan warga emas. Bermula dengan tahun ini, kadar minimum STR bagi golongan belia meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Tarikh Bayaran STR 2024:

Bayaran STR tahun 2024 akan dibuat dalam 4 fasa:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: 29 Ogos 2024
  • Fasa 4: 7 November 2024

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Tarikh bayaran untuk Fasa 4 adalah mulai 7 November 2024 (Khamis) secara berperingkat.

Kadar bayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut:

  • ISI RUMAH / BERKAHWIN: RM150- RM700
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM150
  • BUJANG: RM100

Kadar tambahan STR diperkuat melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024.

Kaedah Pembayaran:
Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 7 November 2024 secara berperingkat. Bagi yang tiada akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan untuk pengesahan.

Kadar Bantuan Keseluruhan:

Mengikut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:

Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,500: 5 Anak Atau Lebih
  • RM2,000: 3 – 4 Anak
  • RM1,500: 1 – 2 Anak
  • RM1,000: Tiada Anak

Pendapatan Isi Rumah: RM2,501 – RM5,000

  • RM1,250: 5 Anak Atau Lebih
  • RM1,000: 3 – 4 Anak
  • RM750: 1 – 2 Anak
  • RM500: Tiada Anak

Warga Emas Bujang:

  • RM600

Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500):

  • RM350

Cara Semakan Status STR:

Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Panduan semakan STR:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Buat pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat seperti nama pemohon, status permohonan, dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.

 

Leave a Comment