MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan meneruskan Program MyLesen B2 bagi tahun 2024.

Program ini bertujuan membantu 35,000 individu daripada golongan B40 atau tanggungan mereka untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (motosikal).

Program ini sepenuhnya dibiayai oleh kerajaan, selaras dengan usaha untuk meningkatkan taraf hidup serta menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang layak.

Objektif Program

Program ini dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada golongan B40 yang belum memiliki lesen memandu untuk memperolehnya secara percuma. Inisiatif ini juga bertujuan untuk:

  • Membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan lesen memandu sah.
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan lesen.
  • Mendidik masyarakat mengenai pentingnya memiliki lesen memandu bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.
  • Melahirkan penunggang motosikal yang kompeten dan patuh undang-undang.

Syarat Permohonan

Untuk menyertai program ini, calon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
  2. Terbuka kepada golongan B40 atau tanggungan mereka.
  3. Sihat dari segi fizikal dan mental.
  4. Belum memiliki sebarang lesen memandu.
  5. Tidak disenarai hitam oleh mahkamah, JPJ atau PDRM.

Terma dan Syarat

Program ini akan berlangsung dari Februari hingga Oktober 2024. Penyertaan akan ditutup sebaik sahaja kuota 35,000 peserta dipenuhi.

Semua kos berkaitan latihan, ujian dan amali akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, kecuali kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) yang perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

Peserta juga perlu mematuhi semua syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh JPJ, termasuk menandatangani Surat Aku Janji serta pengesahan kendiri mengenai status kesihatan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan.

Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan dan gambar pasport.

Setelah permohonan diluluskan, JPJ akan mengatur jadual latihan dan ujian memandu.

Penutup

Program MyLesen B2 2024 ini merupakan peluang yang baik bagi golongan B40 untuk memiliki lesen memandu secara percuma dan sah di sisi undang-undang. Mereka yang berminat digalakkan memohon segera sebelum kuota peserta penuh.

Pengenalan Peralihan Lesen B Full

Program Peralihan Lesen B Full adalah inisiatif terbaru oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bagi memudahkan pemegang lesen kelas B1 atau B2 menaik taraf kepada lesen B penuh (full).

Ini merupakan peluang terbaik untuk pemohon yang telah lama menunggu untuk meningkatkan keupayaan memandu motosikal berkuasa tinggi.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi JPJ melalui emel mylesenb2@jpj.gov.my atau talian 03 – 8892 8714/8693.

Penafian

Maklumat ini dikongsi untuk memudahkan orang ramai mendapatkan info terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Tiada bayaran dikenakan atau maklumat peribadi diminta.

Leave a Comment