RM50 sebulan menunggu anda! Lihat kelayakan anda untuk Bantuan Bujang dan ketahui cara mudah untuk memohon. Jana pendapatan tambahan dengan bantuan kerajaan ini sekarang!
Tarikh Bantuan Bujang dalam MyKad RM50 Disalurkan
Bantuan Sara bernilai RM50 akan disalurkan kepada penerima layak secara berperingkat bermula 1 September 2024 (Ahad), sepanjang bulan September sehingga bulan yang seterusnya.
Program Bantuan Bujang Dihalakan Ke MyKad September 2024
Selepas kelulusan dan pendaftaran di MySara, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana kelayakan Sara akan disimpan. Penerima dibayar elaun bulanan sebanyak RM50 melalui MyKad.
Penerima MyKad Bantuan Sara Hidup boleh membuat pembelian mereka di 600 rakan runcit yang terletak di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart dan Pasar Raya Lulu Lotus’s (Tesco) serta pasar raya dan pasar mini bebas lain di kawasan.
Bantuan SARA dalam MyKad RM50 September 2024
Bantuan SARA dalam MyKad RM50 boleh digunakan untuk:
- Beli sabun, syampu & ubat gigi.
- Beli roti dan biskut serta bahan makanan lain seperti mi segera atau minuman.
- Pembelian peralatan pembelajaran seperti alat tulis, buku, pakaian sekolah, dan kasut.
Penerima dipilih mengikut kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Berstatus bujang, duda, atau janda tanpa anak;
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dan berdaftar di bawah e-Kasih.
Cara Check Bantuan Sara dalam MyKad RM50 September 2024
Cara untuk menyemak penerima Bantuan Sara dalam MyKad RM50 bulan September adalah seperti berikut:
- Layari laman rasmi SARA atau klik pautan ini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad dengan betul tanpa tanda (-). Contoh: 790230116789.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima bulan September akan dipaparkan.
Rujukan
Maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan, sila rujuk pihak berwajib di talian: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 atau layari: https://mykasih.com.my/contact-us.