Dikreditkan Bulan Ini (Oktober 2024) ke akaun penerima: Ini jadual penuh Bantuan Am Kerajaan RM350

Dikreditkan Bulan Ini (Oktober 2024) ke akaun penerima: Ini jadual penuh Bantuan Am Kerajaan RM350

Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, terutamanya dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi, sosial, dan kesihatan yang semakin kompleks.

Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai jenis bantuan kerajaan telah diperkenalkan bagi membantu golongan yang memerlukan, dari segi kewangan, sokongan pendidikan, perubatan, dan kebajikan umum. Bantuan ini tidak hanya tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi turut meliputi pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar, warga emas, ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya (OKU), dan usahawan kecil.

Join Group Wasap (Untuk B40 SAHAJA)

Antaranya adalah bantuan-bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri. Ini adalan penjelasan lanjut tentang bantuan bulanan ini: –

Bantuan Am Kerajaan (Persekutuan dan Negeri)

Antara inisiatif di bawah JKM adalah Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri. Bantuan Am Kerajaan ini diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Untuk nilai pembayaran Bantuan Am Persekutuan, ia adalah sebanyak minimum RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Manakala, kadar Bantuan Am Negeri pula ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Am Kerajaan

Bagi Bantuan Am Persekutuan, berikut adalah maklumat kriteria syarat-syarat kelayakannya:

  • Warganegara dan menetap di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Purata Garis Kemiskinan (PGK) semasa bagi kategori miskin isi rumah atau PGK semasa bagi kategori miskin per kapita;
  • Golongan yang memerlukan serta keluarga miskin yang tidak menerima bantuan di bawah mana-mana skim bulanan JKM yang lain.

Bagi Bantuan Am Negeri pula, syarat kelayakanya adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Cara Memohon

Sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan hendaklah dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat melalui penilaian kelayakan (means-tested) untuk memastikan pemohon layak menerima bantuan. Proses ini selaras dengan prinsip bahawa bantuan diberikan berdasarkan kelayakan, bukan hak.

Bagi memudahkan proses pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terlibat. Antara dokumen yang diperlukan termasuk salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), serta dokumen lain yang berkaitan.

Info Tambahan

Selain Bantuan Am Kerajaan, JKM juga memperkenalkan pelbagai jenis bantuan lain seperti Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Anak Pelihara.

Bantuan Kanak-Kanak diberikan bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Bantuan ini juga bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Jumlah Bantuan Kanak-Kanak yang ditetapkan adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksima RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Leave a Comment