juta lebih rakyat terima STR fasa 3 dikreditkan 29 Ogos ini. Bayaran STR fasa 3 dikreditkan sehingga maksimum RM650 mengikut kelayakan masing-masing.
Kami kongsikan maklumat terkini STR Fasa 3 2024.
Baca juga artikel ini: Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori
8 Juta Lebih Rakyat Terima STR Fasa 3 Dikreditkan 29 Ogos Ini
Penerima biasa akan menerima bayaran STR fasa 3 bermula 29 Ogos ini. Manakala penerima baharu dan rayuan pula terima bayaran bermula 18 September 2024.
Menurut Perdana Menteri, peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60 peratus penduduk dewasa di negara ini.
Cara Bayaran STR Fasa 3
STR fasa 3 2024 akan dikreditkan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat-peringkat.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori 2024
Isi Rumah RM2500
- RM150 – RM650
Isi Rumah RM2501-RM5000
- RM150 – RM300
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150
Bujang
- RM50
Jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut kategori diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Jadual Bayaran STR Fasa 3 2024
Jadual bayaran STR 2024 fasa 1 sehingga fasa 4:
- Fasa 1 – 29 Januari 2024
- Fasa 2 – 3 April 2024
- Fasa 3 – 29 Ogos 2024 – 6 September 2024
- Fasa 4 – November 2024
Semak Status Lulus STR
Cara semak status lulus STR 2024 ialah:
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik MySTR
- Masukkan kata laluan
- Semak Status
- Permohonan status dipaparkan
Permohonan STR 2024
Permohonan STR 2024 seperti berikut:
- Layari portal web bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan permohonan STR 2024
- Isi Maklumat terkini
- Sahkan maklumat anda
- Hantar permohonan STR 2024
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
STR fasa 3 dijangka dibayar pada bulan 29 Ogos 2024.
Tarikh Mohon
Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun 2024. Sekiranya anda belum melakukan sebarang permohonan atas talian, anda boleh lakukan sekarang untuk mendapatkan bayaran STR fasa seterusnya.
Syarat Permohonan
- Pemohon tiada rekod dalam sistem STR
- Pendapatan isi rumah RM5,000
- Pendapatan bujang dan tiada pasangan RM2,500 ke bawah
Nasihat Kementerian Kewangan
Kementerian kewangan menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.